Herpes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Herpes ataupun Herpes Genital ialah sejenis penyakit kelamin yang disebabkan oleh virus simpleks herpes (HSV), sejenis virus yang menjangkiti mulut, kulit, termasuklah organ pembiakan. Virus ini menyebabkan kulit melepuh dan sakit-sakit. Ia masih tidak dapat diubati tetapi dapat dikawal.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan penyakit herpes disebabkan oleh HSV 1 dan HSV 2. HSV 1 disebar melalui:

  • Berkongsi perkakas makan
  • Bercium dengan mereka yang mengalami ulser(cold sore)

HSV 2 pula disebar melalui hubungan seks.

Virus ini boleh disebarkan kepada orang lain walaupun tiada ulser di bahagian kemaluan.

Tanda atau gejala herpes[sunting | sunting sumber]

  • Gejala timbul antara 3 sampai 10 hari setelah berhubungan intim dengan penderita penyakit ini
  • Gejala awal muncul seperti lecet yang kemudian terbuka menjadi lubang kecil dan berair. Dalam 5 sampai 10 hari gejala hilang
  • Virus menetap dalam tubuh dan dapat timbul lagi pada bila-bila masa
  • Wanita kerap kali tidak sedar bahawa ia dijangkiti herpes karena lecet terjadi di dalam vagina

Pautan luar[sunting | sunting sumber]