Hidroksida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hidroksida ialah ion poliatom yang terdiri daripada oksigen dan hidrogen:

OH

Hidroksida mempunyai cas −1, dan merupakan salah satu ion poliatom yang paling mudah.

Bes yang mengandungi hidroksida dipanggil bes hidroksida. Di dalam air, bes hidroksida berpisah menjadi satu kation serta satu atau lebih ion hidroksida dan menyebabkan larutan menjadi bes, iaitu pemisahan tersebut menghasilkan alkali hidroksida yang menjalani tindak balas peneutralan dengan asid. Secara amnya, tindakan-tindakan asid-alkali boleh dipermudahkan menjadi:

OH(aq) + H+(aq)H2O(l)


melalui peninggalan ion tonton. Kebanyakan hidroksida tidak boleh larut di dalam air.

Kegunaan hidroksida[sunting | sunting sumber]

Hidroksida-hidroksida dan ion-ion hidroksida agak banyak didapati. Banyak bahan dan proses kimia melibatkan hidroksida atau ion hidroksida, umpamanya natrium hidroksida (lai) yang digunakan dalam industri sebagai bes yang kuat, dan kalium hidroksida yang digunakan untuk pertanian. Mineral-mineral besi hidroksida, seperti goetit dan limonit, telah dipergunakan sebagai bijih besi perang gred rendah. Bauksit, iaitu batu bijih aluminium, terdiri sebahagian besarnya daripada hidroksida aluminium.

Bes Arrhenius ialah salah satu bahan yang menghasilkan ion-ion hidroksida apabila larut dalam larutan akueus, umpamanya ammonia, NH3:

NH3 (g) + H2O (l)NH4+(aq) + OH-(aq)


Ini bermaksud bahawa ion-ion hidroksida juga amat terbabit dalam bidang asid-bes, serta dalam tindak balas penyesaran ganda dua yang khas yang dipanggil peneutralan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]