High School Musical 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
High School Musical 3: Senior Year
Pengarah Kenny Ortega
Pengarang Peter Barsocchini
Lakonan Zac Efron
Vanessa Anne Hudgens
Ashley Tisdale
Lucas Grabeel
Corbin Bleu
Monique Coleman
Muzik David Lawrence
Matthew Gerrard
Robbie Nevil
Shankar Mahadevan
Randy Peterson
Antonnia Armato
Andy Dodd
Faye Greenberg
Jamie Houston
Adam Watts
Kevin Quinn
Pengedar Walt Disney Company
Buena Vista Pictures
Bahasa Bahasa Inggeris

High School Musical 3: Senior Year (Muzikal Sekolah Tinggi 3: Tahun Senior) ialah suatu filem Disney yang merupakan lanjutan daripada High School Musical 2, sebuah filem televisyen Disney Channel yang amat popular. Filem tersebut telah ditayangkan di pawagam mulai 24 Oktober 2008.

Enam orang pelakon utama daripada dua filem terdahulu sudah dikenalpasti akan melakonkan watak mereka lagi.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

"High School Musical 3" menceritakan pelajar-pelajar senior di sekolah, Troy Bolton (Zac Efron) dan Gabriella Montez (Vanessa Hudgens) berhadapan dengan kemungkinan perpisahan kerana memasuki kolej yang berbeza. Dengan penyertaan ahli-ahli Wildcats yang lain,termasuklahSharpay Evans (Ashley Tisdale), Ryan Evans (Lucas Grabeel), Chad Danforth (Corbin Bleu), dan Taylor McKessie (Monique Coleman) mereka mempersembahkan sebuah muzikal musim bunga untuk mencerminkan pengalaman, harapan dan ketakutan mereka terhadap masa depan mereka.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2007, Disney mengumumkan rancangan untuk menghasilkan sebuah filem lanjutan siri tersebut yang bertemakan Halloween dengan nama "Haunted High School Musical." Pada September tahun tersebut, Disney pula mengumumkan bahawa mereka telah memansuhkan rancangan untuk tema Halloween tetapi pula berfokus terhadap tahun terakhir watak-watak penting di East High. Merujuk kepada berita Yahoo, pengarang asal untuk dua filem pertama, Peter Barsocchini, akan meneruskan penulisan skrip High School Musical 3. Penerbit dan pengarang asal Kenny Ortega juga akan meneruskan penghasilan filem ini. Ortega mengesahkannya kepada Access Hollywood. Studio Walt Disney menyatakan bahawa "tiada ikatan kontrak bagi pelakon-pelakon untuk meneruskan pelakonan dalam filem ini. Oleh itu, kami sedang berunding dengan enam pelakon utama dan agak optimistik terhadapnya. Zac Efron mengatakan bahawa " Saya boleh memberitahu anda bahawa skrip adalah baik dan sekiranya kami semua sebulat suara terhadap skrip yang terakhir, tiada apa-apa yang boleh menghalangkan kami daripada melakonkannya. Kami amat berseronok apabila berlakon dalam filem-filem ini dan keadaan ini agak jarang berlaku dalam urusan bisnes."

Kenny Ortega, pengarang kepada High School Musical dan High School Musical 2, menyatakan bahawa pra-produksi kemungkinan besar akan dimulakan pada Januari 2008, dan perfileman akan dimulakan pada musim bunga Spring 2008. Beliau menyatakan bahawa skrip telah dihantar dan mereka sedang memperkembang muzik filem. Beliau juga menyatakan bahawa perfileman akan dijalankan di Salt Lake City, Utah (sama seperti dua filem pertama dan plot filem tersebut akan berkaitan dengan sifat asli tahun terakhit Wildcat.

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon baru[sunting | sunting sumber]

Pengumuman penghasilan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan fail dokumen Utah Governor's Office of Economic Development board (GOED), Utah akan menjadi latar untuk HSM3. Perfileman akan bermula pada 21 April, 2008, dan dijangka akan selesai pada 13 Jun, 2008.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan newcharacters tidak disediakan