Higroskopi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Higroskopi adalah kemampuan suatu bahan untuk menyerap molekul air dari lingkungannya baik melalui serapan atau jerapan. Suatu bahan disebut higroskopik jika bahan itu mempunyai kemampuan menyerap molekul air yang baik. Contoh zat-zat higroskopik adalah madu, gliserin, etanol, metanol, asid sulfat pekat, dan natrium hidrokida pekat. Kalsium klorida merupakan bahan yang sangat higroskopi, sehingga kalsium klorida akan larut dalam molekul-molekul air yang diserapnya. Fenomena tersebut disebut juga sejenis pelembapcairan. Disebabkan bahan-bahan higroskopik memiliki afiniti yang kuat terhadap kelembapan udara, biasanya mereka disimpan dalam bekas tertutup. Beberapa bahan higroskopik juga ditambahkan pada makanan atau bahan-bahan tertentu untuk menjaga kelembapannya. Bahan-bahan ini disebut pelembap.

Setiap bahan memiliki sifat higroskopi yang berbeza-beza. Contoh yang umum adalah pada kulit buku. Seringkali pada tempat yang lembap, kulit sebuah buku melengkung. Hal ini disebabkan bahagian dalam kulit lebih menyerap kelembapan (lebih higroskopik), daripada bahagian luar, bahagian luar menjadi lebih luas, menyebabkan tegangan yang membengkokkan kulit tersebut keluar. Fenomena ini mirip dengan fenomena dwilogam. Pengaruh kelembapan udara terhadap keadaan suatu bahan dapat dinyatakan dalam pekali pengembangan higroskopik atau pekali pengecutan higroskopik. Perbezaan kedua-dua pekali ini terletak pada tanda positif dan negatif yang digunakan.