Hijjaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hijjaz
Kumpulan Hijjaz
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Nasyid
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1997-kini
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web Laman rasmi Hijjaz
Ahli
Munif bin Ahmad (Munif Hijjaz @ Putra Aiman)
Isman Nadim bin Isam (Isman @ Manis Helma @ Manis Alia)
Mohd Faizal bin Osman (Faizal @ Abai Os)
Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim(Ariffin)
Bekas ahli
Allahyarham Salleh bin Ramli (Salleh)

Kumpulan Hijjaz merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid kontemporari. Kumpulan ini dianggotai seramai 4 orang ahli. Salah seorang daripada mereka meninggal dunia, meninggalkan hanya 3 orang ahli. Namun kini, ahlinya kembali berjumlah 4 orang.

Hijjaz ditubuhkan pada ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1417 bersamaan 10 Januari 1997. Sebelum penubuhan Hijjaz, mereka pernah menganggotai kumpulan Nada Murni selama lebih 10 tahun.

Kumpulan Hijjaz kini mentadbir syarikat Hijjaz Music Entertainment. Kumpulan ini juga telah melahirkan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti kumpulan In-Team, kumpulan UNIC, kumpulan Ae-man dan kumpulan Mestica. Antara anak didik Hijjaz yang berjaya ialah Hafiz Hamidun (bekas anggota UNIC), Fitri Haris (bekas anggota UNIC), Fadzli Aziz (bekas anggota UNIC) dan Suhaimi Saad (bekas anggota In-Team).

Senarai ahli[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya, kumpulan Hijjaz terdiri seramai 4 orang anggota iaitu :-

  1. Munif bin Ahmad (Munif Hijjaz @ Putra Aiman)
  2. Isman Nadim bin Isam (Isman @ Manis Helma @ Manis Alia)
  3. Mohd Faizal bin Osman (Faizal @ Abai Os)
  4. Salleh bin Ramli (Salleh)

Namun pada 15 Februari 2001, kumpulan Hijjaz telah kehilangan seorang anggota apabila Salleh bin Ramli telah pergi menghadap Ilahi. Kematian Salleh telah menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 3 orang anggota. Namun bermula dari album Pelita Hidup III, kumpulan Hijjaz telah menerima anggota baru dengan kemasukan Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim yang pernah bersama mereka dalam kumpulan Nada Murni satu masa dahulu.

  1. Munif bin Ahmad (Munif Hijjaz @ Putra Aiman)
  2. Isman Nadim bin Isam (Isman @ Manis Helma @ Manis Alia)
  3. Mohd Faizal bin Osman (Faizal @ Abai Os)
  4. Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin)

Anugerah yang diterima[sunting | sunting sumber]

  • Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era - Sumayyah
    Cahaya Ilahi
  • Anugerah Gold dan Platinum jualan melebihi 90,000 unit
    Keizinan-Mu
  • Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit
    Pelita Hidup
  • Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit
    Rindu
  • Anugerah Gold Jualan melebihi 30,000 unit dalam masa 4 bulan.


Album[sunting | sunting sumber]

9cahayailahi.jpg
  • 1. Cahaya Ilahi - 1997
8keizinanmu.jpg
  • 2. Keizinan-Mu - 1998
7ph1.jpg
  • 3. Pelita Hidup - 1998
6rindu.jpg
5popular.jpg
  • 5. Lukisan Alam - 2000
4ph2.jpg
  • 6. Pelita Hidup II - 2001
3jlnbhg.jpg
  • 7. Jalan Bahagia - 2002
2ph3.jpg
  • 8. Pelita Hidup III - 2003
1damai.jpg
  • 10. Pelita Hidup IV - 2006
  • 11. Selawat Nabi - 2008
  • 12. Pelita Hidup V - 2009
  • 13. Permata Hijjaz 1431 - 2010
  • 14. Susah Senang Kita Bersama - 2011
  • 15. Janji - 2013

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Fatamorgana
  2. Rindu
  3. Rasulullah
  4. Sebelum Terlena
  5. Antara Mata & Hati (popular di Indonesia)
  6. Pandangan Mata
  7. Puteriku Sayang
  8. Pelita Hidup
  9. Lukisan Alam
  10. Kau Sahabat Kau Teman
  11. Selimut Putih
  12. Jalan Bahagia
  13. Sumaiyah
  14. Permaisuri Hatiku
  15. Dia Kekasih Allah
  16. Asmaul Husna
  17. Doa Pagi
  18. Rindu
  19. Sumayyah
  20. Tola'al Badru 'Alaina
  21. Ya Nabi Salam Alaika
  22. Berkorban Demi Cinta
  23. Aku Hanya Umar
  24. Cahaya Ilahi
  25. Bismillah
  26. Berusaha Berjaya
  27. Damai Nan Indah
  28. Kasih Mesra
  29. Irama Kasih
  30. Keheningan Malam
  31. Kawan
  32. Alam Rohani
  33. Malam
  34. Mata Hati
  35. Permaisuri Hatiku
  36. Munajat Seorang Hamba
  37. Senandung Pujian
  38. Sifat Mahmudah
  39. Selamat Pengantin Baru
  40. Untukmu Ya Rasullah
  41. Zapin Kesyukuran
  42. Zapin Kesyukuran II
  43. Belaian Ibu
  44. Pepatah Pujangga
  45. Janji Khalifah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]