Hikayat Indera Nata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hikayat Indera Nata terbitan semula oleh DBP.

Hikayat Indera Nata merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang ditulis pada masa dahulu sekitar . Pengarangnya Tidak diketahui. Ia adalah antara yang masih terselamat sehingga hari ini.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Hikayat Indera Nata bermula dengan kisah Raja Rom berkahwin dengan Tuan Puteri Cendera Wati. Ketika baginda berdua bermain-main di Pulau Cinta Berahi dan Pulau Pelanggam Cahaya, Tuan Puteri Cendera Wati telah terpisah daripada dayang-dayangnya. Ketika itu Si Batu Kembar merampas pakaian Tuan Puteri Cendera Wati dan menyamar sebagai Tuan Puteri Cendera wati lalu pulang ke istana bersama-sama dengan Raja Rom. Tuan Puteri Cendera Wati yang sebenar kemudian melahirkan seorang putera bernama Indera Nata. Peristiwa-peristiwa berikutnya, seperti peristiwa peperangan, mempamerkan kegagahan dan kesaktian Indara Nata sebagai wira dalam hikayat ini.


Kehilangan kesusteraan Melayu[sunting | sunting sumber]

Banyak hasil kesusteraan Melayu yang telah musnah ditelan zaman dan peperangan. Antara punca kemusnahan tulisan kesusteraan Melayu adalah seperti lenyapnya Kerajaan Seri Wijaya serta kedatangan agama Islam ke alam Melayu, yang membawa kepada lenyapnya segala naskah-naskah kesusasteraan Melayu yang berasal dari zaman Hindu dahulu.

Pada masa kini Hikayat Indera Nata menjadi salah satu sumber penting pengkajian bahasa Melayu dan untuk penyelidikan ia boleh didapati di Hikayat Indera Nata [Microfilm: NL 10976]. [1981]. [Berlin]: Orientabteilung, Preussisohe Kulturbesitz, Staatsbibliothek..

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z