Hikayat Pandawa Lima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hikayat Pandawa Lima.

'Hikayat Pandawa Lima merupakan sebuah manuskrip Melayu silam. Ia mengisahkan mengenai pengembaraan Pandawa lima bersaudara.

Hikayat Pandawa iaitu berkenaan cerita keluarga Pandu dari kitab Hindu Mahabharata. Hikayat ini sungguh pun bercorak Hindu-Jawa, tetapi kandungannya banyak menggunakan perkataan-perkataan Arab.

Hikayat ini merupakan salah satu judul yang tercatat dalam daftar Wemdly yang ditulis pada T.M. 1736, menujukkan ia telah wujud sebelum tarikh tersebut lagi.

Tarikh sebenar manuskrip ini diperdebatkan, tetapi tarikh yang dicadangkan antara tiga penyelidik adalah bahagian kedua abad keempat belas (Brakel), tidak lewat dari awal abad ke enam belas (Barginsky), abad ke enam belas (Khalid). Brackel dan Creese menegaskan tarikh yang lebih awal berdasarkan dapatan bahawa versi bahasa Melayu ini berasaskan tulisan kekawin Jawa Kuno dan bukannya versi Jawa lebih moden.


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

[sunting] Pautan luar