Hikayat Pelanduk Jenaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hikayat Pelanduk Jenaka atau kini dikenali sebagai Cerita Sang Kancil merupakan salah satu hasil-hasil sastera lama bahasa Melayu yang telah tercipta sekitar 1650 T.M. dengan salinan manuskrip terdapat di MS Mal.-Pol. 70, Département des manuscrits, Bibliothèque nationale, Paris.

Hikayat ini juga merupakan salah satu judul yang tercatat dalam daftar Wemdly yang ditulis pada T.M. 1736, dan manuskrip ini memiliki 6,702 patah perkataan.

Ini merupakan manuskrip terawal diketahui. Manuskrip ini menggunakan ejaan Melayu abad ketujuh belas bagaimanapun tidak lengkap. Dipercayai hanya 1/3 yang tinggal. Antara kisah yang ada adalah:-

  • 1*-3: Pengenalan: bagaimana Sang Kancil /Pelanduk menguasai haiwan di rimba. Dia mengambil gelaran 'syekh rimba' dan berdiri atas busut anai-anai. (Muka 1 hilang)
  • 3-17: Berpura-pura memiliki kuasa sakti, dia mententeramkan Kambing dan pak belang yang kemudiannya berdamai di bawah pemerintahannya.
  • 17-31: Haiwan rimba lain mengadi mengenai ancaman bota, yang dikalahkan dengan kisah kiamat. Kesemua haiwan di rimba dibawah perlindungannya.
  • 31-55*: Monyet yang degil mencari sokongan singa; tetapi sang kancil mengalahkan singa dengan sarang tebuan. (laman 48-55 hilang)
  • 55*-82*: Monyet meminta pertolongan gajah; tetapi sang kancil mengalahkan gajah dalam pertandingan sepak keting. (56-81 present)

Ia mengisahkan mengenai kebijaksanaan Pelanduk untuk melepaskan dirinya daripada bahaya. Kisah Pelanduk Jenaka juga merupakan filem animasi pendek yang pertama dihasilkan di Malaysia, dengan judul Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek Sang Kancil lain yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, dan Sang Kancil & Buaya.



Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z


Pautan luar[sunting | sunting sumber]