Hikayat Putera Shazlan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hikayat Putera Shazlan
Format Drama
Penerbitan
Tempoh siaran 30 minit

Hikayat Putera Shazlan merupakan suatu cerita kanak-kanak yang ditayangkan di Astro Ceria. Cerita ini mempunyai 9 musim. Kini, rancangan ini telah memulakan episod baru pada setiap Ahad, jam 11.30 pagi, dengan ulangan pada jam 3.00 petang.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hikayat Putera Shazlan merupakan tajuk kepada Pari pari yang mengisahkan tentang kehidupan hairan seorang budak lelaki bernama Shazlan yang sebenar di dunia nyata. Hidup Shazlan yang mudah bersama keluarga Pari parinya ditemani alat-alat seperti teko emas ajaib dan sepasang gunting ajaib yang diberikan oleh pari pari. Tetapi, objek-objek ini tidak dapat menyelesaikan segala masalahnya. Ini kerana sebagai seorang lelaki, dia masih perlu belajar untuk mendapatkan objek berkuasa yang diberikan oleh buku ini kepadanya. Inilah pengajaran yang dipaparkan oleh setiap episod;anda bertanggungjawab besar jika anda mempunyai kuasa yang hebat. Walau bagaimanapun, selepas peristiwa Shazlan terjatuh ke dalam perigi, pari pari itu telah menghasilkan personaliti kedua di mana setiap objek yang dikeluarkan oleh buku itu turut mempunyai kesan sampingan.

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

Watak Protagonis[sunting | sunting sumber]

  • Shazlan seorang anak yatim piatu yang berasal dari sebuah kampung telah dihantar ke kota untuk tinggal bersama ibu saudaranya yang garang. Shazlan sering dilayan buruk oleh keluarga ibu saudaranya.
  • Bagus dan Ika adalah pari-pari yang dihantar kepada shazlan. Mereka bertanggungjawab untuk menggantikan ibu bapa Shazlan yang tidak bertanggungjawab dan kurang pendidikan.
  • Mak Som adalah ibu saudara Shazlan. Seorang yang berhati busuk dan tidak mempunyai cita rasa dalam berfesyen walaupun mempunyai salun sendiri. Dia cuba sedaya upaya untuk bergaya tetapi seringkali tidak cantik dipandang.
  • Pak Tam adalah suami kepada Mak Som.Seorang yang pemalas dan tidak kisah dengan pemakaiannya. Seorang yang cuai dan mempunyai personaliti yang berbeza dengan Mak Som.
  • Fasha adalah anak kepada Mak Som dan Pak Tam. Seorang yang manja, tidak bertimbang rasa dan penuh dengan kerenah. Dia sukakan artis seperti Paris Hilton dan Britney Spears dan sering meniru gaya mereka.
  • Satiya merupakan sahabat Shazlan yang suka makan dan akan ambil peluang untuk makan di mana-mana saja asalkan ada makanan di kocek pakaiannya. Seorang yang ceria dan suka warna-warna cerah.
  • Lydia adalah seorang yang agak 'tomboy' dan selalu bermain dan berbual bersama budak lelaki. Dia juga mempunyai ikatan persahabatan dengan Shazlan. Personalitinya sangat berlawanan dengan Fasha.
  • Aaron merupakan anak orang paling kaya di sekitar kawasan perumahan mereka. Seorang yang sangka dirinya sangat 'cool' dan bergaya serta punya keyakinan diri yang tinggi.

Watak Antagonis[sunting | sunting sumber]

  • Rara seorang Penjaga bayi yang berusia 16 tahun yang suka menyeksa Shazlan dan merupakan salah seorang daripada musuh ketat Shazlan. Dia mempunyai kawan dan sukakan duit, menyeksa kanak-kanak dan menonton televisyen. Ia adalah Ketua Babysitter Raging Against Twerps
  • Nina merupakan sahabat Rara yang suka membantu menyeksa dan akan ambil peluang untuk menyeksa di mana-mana saja asalkan ada bunga di kocek pakaiannya. Seorang yang ceria dan suka warna-warna cerah. Ia adalah Anggota Babysitter Raging Against Twerps
  • Chodijah merupakan sahabat Rara. Dia menjalankan misi pencarian koko yang dianggap oleh bangsanya sebagai komoditi berharga. Ia adalah Anggota Babysitter Raging Against Twerps
  • Dofa adalah seorang yang agak feminin dan selalu bermain dan berbual bersama budak perempuan. Dia juga mempunyai ikatan persahabatan dengan Rara. Personalitinya sangat sama dengan Chodijah. Ia adalah Anggota Babysitter Raging Against Twerps
  • Tasya adalah sahabat kepada Rara dan Nina. Seorang yang mandiri, tidak bertimbang rasa dan penuh dengan kerenah. Dia sukakan artis seperti Maia Estianty dan Mey Chan dan sering meniru gaya mereka. Ia adalah Anggota Babysitter Raging Against Twerps

Jadual rancangan[sunting | sunting sumber]

Anda boleh mendapatkan jadual siaran di laman web Astro (www.astro.com.my).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Fimie Fansite (Putera Shazlan) http://ceria.astro.com.my