Hikayat Raja Khandak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hikayat Raja Khandak merupakan salah satu hikayat Melayu lama.

Hikayat Raja Khandak mengisahkan mengenai antara pahlawan-pahlawan Islam yang termasyur gagah berani pada zaman Rasulullah ialah Sayyidina 'Ali ibn Abu Talib, iaitu suami Fatimah, puteri Rasulullah. Kisah keberanian dan kegagahan Sayyidina 'Ali ada ter­kandung di dalam Hikayat Raja Khandak (ad a orang menye­but Hondok). Di-dalam hikayat ini meriwayatkan apabila 'Ali bertempek di medan perang suaranya seperti halilintar membelah bumi; pedangnya yang bernama Dzulfakar itu apabila di hunus memanjangkan diri hingga saujana mata memandang, demikian juga peri ketingkasan kudanya yang bernama Duldul itu sebagai terbang lakunya. Oleh ke­beranian dan kegagahan 'Ali hingga ia digelar dalam hikayat itu "'Ali Harimau Allah."

Menurut sejarah Islam 'Ali ialah orang yang mula-­mula menjadi pengikut Rasulullah selain dari Khadijah, isteri Rasul ullah. 'Ali sentiasa mengikut Rasulullah terutamanya dalam peperangan yang penting-penting; ia di­angkat menjadi khalifah Islam yang keempat tetapi tiada di-akui: oleh Mu'awiah ibn Abi Sufian serta pengikut-­pengikutnya yang terkenal dengan gelaran Bani Umaiyah, maka akhirnya peperangan telah berlaku di-antara kedua pihak itu.

Menurut ceritanya Ali telah mati ditikam oleh gem­bala kudanya yang diupah oleh Mu'awiah, ia-itu tatkala 'Ali hendak ka-masjid.

'A1i dengan isterinya, Fatimah, puteri Rasu1ullah, mempunyai dua orang putera Hasan dan Husain, tetapi dengan isterinya yang lain ia mempunyai seorang putera lagi bernama Muhammad 'A1i Hanafiah.