Hikikomori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hikikomori (ひきこもり or 引き籠もり Hikikomori?, secara literal; "menarik diri, terkunci", bahasa Inggeris: acute social withdrawal) merupakan istilah Jepun yang merujuk kepada fenomena dikalangan individu-individu menyendiri yang telah memilih untuk menjauhkan diri mereka daripada kehidupan sosial, seringkali menyesuaikan diri dengan tahap pengasingan diri yang ekstrem disebabkan oleh pelbagai faktor peribadi dan sosial dalam dan luar hidup mereka. Istilah hikikomori merujuk kepada fenomena psikologi dalam erti kata generik dan juga kepada para individu yang terlibat dalam golongan ini.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Meskipun terdapat beberapa versi di mana hikikomori mungkin keluar daripada rumah,[1] Kementerian Kesihatan, Buruh Dan Kebajikan Jepun merangka maksud sebenar hikikomori sebagai para individu yang tidak ingin meninggalkan rumah ibu bapa mereka, serta mengasingkan diri mereka daripada masyarakat dalam kediaman mereka dalam suatu jangka masa melebihi enam bulan.[2] Meskipun keberatan fenomena ini berbeza dari individu ke individu lain, sesetengah remaja mengasingkan diri mereka buat beberapa tahun, atau dalam kes yang lebih jarang berlaku, buat beberapa dekad. Selalunya, hikikomori bermula sebagai sejenis kelakuan enggan pergi ke sekolah (bahasa Inggeris: school refusal) atau dalam istilah bahasa Jepunnya, tōkōkyohi (登校拒否).

Penggunaan dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

  • Novel serta adaptasi anime siri Welcome to the N.H.K oleh Tatsuhiko Takimoto merupakan penceritaan dari pandangan kehidupan seorang hikikomori.
  • Dalam filem 2002 iaitu Moon Overflowing (Koboreru Tsuki), salah satu daripada watak utamanya ialah seorang hikikomori.
  • Filem 2004 Hikikomori: Tokyo Plastic oleh pengarah Adario Strange.
  • Dalam drama Ikebukuro West Gate Park, watak sampingan bernama Kazunori bernasur pulih daripada status hikikomorinya.
  • Dalam dorama Seito Shokun!, salah satu daripada pelajar dalam Kelas 2-3, Shirai Naoki, menjadi seorang hikikomori setelah kemalangan memanjat gunung menimpa dirinya, di mana guru kelasnya meninggalkan seluruh pelajar dalam kelasnya di gunung tersebut untuk mati.
  • Dalam siri anime Sayonara Zetsubou Sensei, seorang watak yang seringkali muncul, Kiri Komori, ialah seorang hikikomori. Dia akhirnya berjaya dipaksa keluar daripada rumahnya oleh cikgu dan rakan sekelasnya, namun mula mengunci dirinya di merata-rata tempat di
  • Dalam permainan video .hack watak bernama Endrance ialah seorang hikikomori.
  • Dalam kumpulan penyanyi Jepun 403 Forbiddena terdapat sebuah judul lagu iaitu "Hate", yang menjelaskan kehidupan seorang hikikomori.
  • Dalam anime Rozen Maiden, watak lelaki utama, Jun Sakurada, ialah seorang hikikomori.
  • Dalam anime Hayate the Combat Butler, watak perempuan utama iaitu Sanzenin Nagi ialah seorang hikikomori. Ini akhirnya memaksa watak lelaki utamanya iaitu Ayasaki Hayate untuk cuba melawan keinginan gadis itu untuk mengunci dirinya dalam rumah.
  • World War Z mengandungi sebuah cerita tentang seorang watak yang meluahkan segala simptom dan gaya hidup seorang hikikomori.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://vickery.dk/hikikomori
  2. Itou, Junichirou. 2003. Shakaiteki Hikikomori Wo Meguru Tiiki Seisin Hoken Katudou No Guide-line (Garis panduan membabitkan Aktiviti Mental dikalangan Masyarakat untuk Hikikomori)." Tokyo: Kementerian Kesihatan, Buruh Dan Kebajikan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]