Hillary Ang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hillary Ang

Album solo Hillary pada tahun 1994
Latar belakang
Nama lahir Hillary Ang
Juga dikenali sebagai Hillary
Berasal dari Johor Bahru Malaysia Malaysia
Pekerjaan Pemuzik,
Instrumen Gitar
Tahun aktif 1986 hingga kini.


Hillary Ang merupakan seorang pemain gitar bukan Melayu yang begitu popular di Malaysia ini. Boleh dikatakan beliau merupakan idola kepada semua peminat muzik rock khususnya kepada pemain-pemain gitar baru di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilahirkan pada 12 Mei 1962 dan berasal dari Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Beliau merupakan seorang pemain gitar berbangsa Cina yang cukup popular di Malaysia ini. Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1981.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hillary Ang merupakan seorang pemuzik profesional sepenuh masa serta merupakan seorang pemuzik undangan. Beliau juga pernah membuat 2 buah album solo pada tahun 1990 dan tahun 1994.Hillary juga adalah pengasas awal kumpulan search bersama yazit dan zainal rampa.Bersama Search sehingga 1988,kemudian menyambung pengajian di dalam bidang muzik di luar negara.Sekembalinya Hillary Ang, beliau telah menjadi pemuzik sepenuh masa, Karl dari kumpulan Cromok telah mencadangkan agar Hillary menggantikan tempat beliau sebagai pemain gitar di dalam kumpulan Cromok oleh sebab beliau mahu menumpukan sepenuh masa pada perniagaannya.Kemasukkan Hillary telah berjaya mengeluarkan beberapa buah album bersama Cromok.Kemudian pada hujung 2004, ibarat sireh pulang ke gagang.Hillary telah menerima jemputan panggilan daripada Amy untuk kembali memperjuangkan kumpulan Search.Tidak mengambil masa yang lama Hillary telah membuat keputusan drastik untuk kembali bersama berjuang dengan Search, sebuah kumpulan yang paling disayangi beliau.

Bersama kembali kumpulan Search ibarat kembali pada rumah yang asal, bak kata Hillary dalam satu temuramah "Its good to be back home again" .Dengan kembalinya Hillary dalam kumpulan Search, maka album Gothik Malam Edan berjaya dihasilkan dan dengan sedikit perubahan muzik yang lebih segar daripada album-album Search sebelum ini.Sekurang-kurangnya album Gothik Malam Edan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat yang telah lama menunggu kelahiran album terbaru Search.Pada penghujung 2009, Search bergelut dengan permintaan peminat di mana peminat mahukan Kid kembali, sedangkan sebahagian lagi mahukan Hillary terus bersama Search,enggan terus bergelut dan memecahkan peminat kepada dua bahagian, Hillary Ang telah mengambil keputusan sekali lagi untuk berundur dari Search setelah 5tahun bersama untuk memberi ruang kepada Kid kembali atas dasar pilihan peminat.Walau perit, namun inilah yang dikatakan pengorbanan.Hillary kini kembali bergerak solo, seorang yang digelar "Legenda".Petikkan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikkan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search.

Album[sunting | sunting sumber]

Search
  • Langit Dan Bumi (1986)
  • Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
  • Di Pintu Sepi (1988)
  • Berpaling (1988)
  • Gothik Malam Edan (2006)
  • Live at Planet Hollywood (2007)
Cromok
  • Mean, Meaner, Meanest (1999)
  • Image Of Purity - digitally remastered (2000)
  • What's Left (2000)
  • Deafening Silence (2002)
  • Untitled (2004)
  • Hattan - Biso Bonar (1999)
  • Taugeh - Bersama Selamanya The Album (2000)
  • Mael - Lain Hidup (2006)
  • Ella - Rama-Rama (2007)
  • Mentera Metal - Pelbagai Artis (1998)
  • Whole Lotta Zep - Pelbagai Artis (1996)

Album Solo Hillary[sunting | sunting sumber]

  • Rock Dalam Dilema (1990)
  • ZZ (1994) single Taman Rohani ( Saleem & Arab feat Hillary Ang ) ciptaan M.Nasir & Bob

Pemuzik undangan[sunting | sunting sumber]

  • Sudirman Album - Kul It! (1986) - Lagu 'Kul It'
  • Saleem Album - Dunia (1993) - Lagu 'Bukan Aku Tak Cinta'
  • Jamal Abdillah Album - Suratan Kasih (1996) - Lagu 'Di Sudut Kamar Hatiku'
  • XPDC Album - Unplugged & Acoustic Guitar (1995) - Lagu 'Hairan Bin Ajaib' (Unplugged Version)
  • Slam Album - Kembali Merindu (1996) - Lagu 'Kini Hanya Sepi'
  • Awie Album - Rentap (2000) - Lagu 'Judas' 'Kau Orang Punya Suka' & 'Kau Yang Mula Dulu'
  • Ella Album - Ilham Bicara (2001) - Lagu 'Retak' & 'Jauh Di Mata'
  • Metalasia Album - Silantra...Bermulanya Sebuah Epik (2002) - Lagu 'Naga Sakti'

Filem[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]