Himpunan Aman 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Himpunan Aman 2011 diadakan pada 3 Disember 2011 di perkarangan menara KLCC, Kuala Lumpur. Seramai 200 orang turut serta , termasuk Pak A. Samad Said, Lim Kit Siang,Teresa Kok dan Dr Wong Chin Huat. Namun pasukan polis PDRM segera menghalang majlis deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.Perhimpunan ini dianjurkan oleh Freedom to Assemble Campaign – gabungan dianggotai sekitar 30 pertubuhan bukan kerajaan.

A Samad Said membaca sajak 'Merindu Ruang' di hadapan hadirin yang memakai kemeja-T kuning Bersih 2.0.Samad menjadi ikon politik baru apabila mengepalai perarakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.Katanya , “Kita akan melawan kekerasan dengan sajak yang menawan”.

Tujuan perhimpunan itu bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang telah diluluskan di Parlimen pada November 2011.[1]


Pertemuan pertama diadakan beberapa hari sebelum Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan oleh Dewan Rakyat. Sepatutnya dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Putrajaya harus matang dalam menggubal undang-undang baru dan bukan kembali seperti zaman dahulu yang kejam dan zalim. Pak Samad menyifatkan pelaksanaan rang undang-undang itu akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah “negara polis”.

Pemimpin Pakatan Rakyat dan 1000 ahli Majlis Peguam turut berarak dari Taman Tasik Perdana ke Parlimen mendesak agar Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ditarik balik.RUU Perhimpunan aman digubal bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sasterawan Negara Samad Said deklamasi sajak protes RUU Perhimpunan Aman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-04. Dicapai pada 2011-12-03.
  2. ^ "RUU Perhimpunan Aman kejam dan tindas rakyat, kata Samad Said". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-30. Dicapai pada 2011-12-03.