Hindraf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Para penyokong HINDRAF membawa gambar Mahatma Gandhi dan banners di dalam satu protes di Kuala Lumpur

Hindraf (singkatan bagi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu; Bahasa Inggeris:Hindu Rights Action Force; Bahasa Tamil: (இந்து உரிமைகள் போராட்டக் குழு (Hindu Urimaigal Poratta Kulu)) merupakan satu kumpulan gerakan gabungan didakwa daripada 30 organisasi bukan kerajaan yang berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu dan warisan mereka di dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kumpulan ini yang menggunakan laungan slogan Makkal Sakthi (Bahasa Tamil: மக்கள் சக்தி ), Bahasa Melayu:Kuasa Rakyat; telah mengetuai perjuangan penentangan terhadap "polisi pelupusan kuil-kuil secara tidak rasmi" dan memandang berat tentang "pencerobohan" berterusan undang-undang berdasarkan syariah.[1][2] Pada 6 Disember 2007, kenyataan media yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hindraf bukanlah sebuah pertubuhan berdaftar. Sebaliknya pertubuhan gelap, tidak berdaftar dengan Akta Pertubuhan.[3] Hindraf dibina atas sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur. Pada 15 Oktober 2008, mengisytiharkan Hindraf sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri Syed Hamid Albar dan mesti dielakkan oleh orang ramai.[4] Pada akhir Januari 2013, pengharaman ini ditarik balik.[5]

Latar belakang

Masyarakat India membentuk 8% dari 26 juta penduduk di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka dibawa masuk oleh British kira-kira 200 tahun dahulu untuk bekerja di ladang sebagai penoreh getah. Sehingga hari ini sosio-ekonomi masyarakat India berada di belakang masyarakat utama lain seperti Cina dan Melayu.

Masyarakat India yang kebanyakannya beragama Hindu telah mendirikan banyak kuil di kawasan ladang dan kebanyakannya tidak berdaftar. Dengan arus perubahan yang melanda Malaysia, banyak kawasan ladang dibangunkan dan ini mencetuskan konflik antara pihak berkuasa tempatan yang mahu struktur haram dimusnahkan yang berhadapan dengan tentangan masyarakat Hindu. Beberapa siri perobohan kuil hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India.[6] Dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hindu ditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan mendakwa berlaku genosid dengan memberi contoh lebih 100 orang India dibunuh semasa Peristiwa Kampung Medan.[7]

Propaganda mereka disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa Tamil, penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material daripada kaum India. Kerajaan Malaysia mendakwa Hindraf turut menjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa depan.[8]

Memorandum kepada kerajaan British

Hindraf mengutus memorandum kepada Perdana Menteri British, Gordon Brown, pada 15 November 2007, meminta supaya satu resolusi dibawa ke PBB mengutuk tindakan kerajaan Malaysia. Antara lain, Hindraf juga tidak dapat menerima tindakan Empayar British yang membawa buruh murah dari benua kecil India ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja di ladang-ladang. Dari generasi pertama lagi mereka mendapat layanan buruk di ladang-ladang. Selain itu, di bawah kerajaan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Hindraf merasakan hak mendirikan kuil masih diabaikan. Isu pendidikan, hak asasi manusia, kebajikan dan taraf kerakyatan warga minoriti India hendaklah diperbaiki.

Beberapa orang peguam muda India telah membuat garis kasar tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan British, terutamanya Ratu Elizabeth II. Peguam-peguam itu ialah M Manoharan (Pengerusi), P Uthayakumar, R Kenghadharan, Waytha Moorthy Ponnusamy dan S. Ganapathi Rao.

Pada 30 Ogos 2007 Hindraf telah memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Diraja di London terhadap kerajaan British kerana 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun. Pekerja dari India ini dibawa masuk melalui Sistem Kangani dari tahun 1786 hingga 1957. Kerajaan British dituntut membayar 4 trilion Paun British (RM27.7 trilion) atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia

Pada 17 Ogos 2007, Hindraf telah mengemukakan memorandum 18 perkara [9] kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung rasa tidak puas hati penganut Hindu terhadap kuil-kuil Hindu yang diberi notis sejak akhir-akhir ini.[10]

  • Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman di Pantai, Kuala Lumpur berusia 100 tahun.
  • Kuil Sri Siva Balamuniswarar di Setapak.
  • Kuil Sri Kumaravel di Kampung Medan, Petaling Jaya.
  • Kuil Muniswarar di Ladang Midland, Seremban.
  • Kuil Sri Maha Mariaman di Padang Jawa, Shah Alam telah berusia 100 tahun.
  • Kuil Jai Muniswarar di Taman Puchong Hartamas berusia 160 tahun.
  • Kuil Sri Ayyanar Sathiswary Alayam, Jalan Davies
  • Kuil Sri Mariaman Seksyen 11
  • Kuil Shah Alam Sri Kaliamman, Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam
  • Kuil Ganggai Muthu Karumariaman, PMR Batu Buntung Estate Kulim, Kedah

Salinan memorandum bertajuk “Indiscriminate and Unlawful Hindu Temple Demolishment in Malaysia” telah dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Formula penyelesaian harus dicari dan dirunding secara bersama tanpa sebarang prasangka terhadap mana-mana kaum dan penganut.

Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S. Subramaniam setuju dengan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar ada garis panduan disediakan kepada Pihak Berkuasa tempatan untuk membina, memindah atau merobohkan sesebuah kuil agar tidak disensasikan oleh mana-mana pihak berkepentingan.[11]

Perhimpunan besar

Pada hari 25 November 2007 Hindraf menganjurkan perhimpunan 100,000 penduduk India dan menghantar memorandum ke Kedutaan Britain di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memorandum dengan 100,000 tandatangan ditujukan kepada Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Veerasingam kesal dengan tindakan memanggil masyarakat Hindu menyertai perhimpunan haram itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS). [12] Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan bebas mengadakan perhimpunan, tetapi perhimpunan seramai 100,000 akan mencetuskan ketegangan kaum.

  • Ibu pejabat polis di Balai Polis Cheras tidak meluluskan permit kepada perhimpunan ini. Surat permohonan telah dihantar oleh Hindraf kepada Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim di Balai Polis Cheras pada 7 November 2007. Rayuan kedua juga ditolak oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 15 Naovember 2007.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan haram ini. Perhimpunan ini boleh menyinggung perasaan kaum lain dan menyebabkan pergaduhan kaum. Perhimpunan ini akan mengugat keselamatan negara malah ekonomi negara akan terjejas teruk. Pelbagai pihak akan mengekploitasi perhimpunan ini dan mencetuskan huru-hara terutama kumpulan kongsi gelap. Peserta perhimpunan yang berselindung di sebalik kanak-kanak sebagai benteng manusia akan didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.[13]
  • Pada 22 November 2007, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin berkata, mereka yang hadir akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Sentimen perkauman akan diapi-apikan oleh pihak tertentu.
  • Polis terpaksa bertindak awal dengan mengadakan sekatan jalan raya bermula pada 20 November 2007. Pemeriksaan rawak setiap kenderaan ke arah Kuala Lumpur. Sesiapa yang membawa senjata dan alatan berbahaya akan didakwa.
  • Pada 30 Oktober 2007, beberapa pemimpin Hindraf telah ditahan kerana mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Waytha Moorthy Ponnusamy, M. Manoharan, Uthayakumar Ponnusamy dan S. Ganapathi Rao.

Pembatalan Pasport Pemimpin Utama Hindraf: Kontroversi Pembohongan Syed Hamid

Wakil pertubuhan Hindraf, N. Thianenthan mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung status sebenar pasport milik Pemimpin Utama Hindraf Waythamoorthy.

"Tempoh hari beliau bercakap di Parlimen dengan mengatakan bahawa pasport Waytha tidak dibatalkan.

"Ternyata beliau berbohong dan hari ini kami membawa surat daripada pejabat UK Border Agency untuk menunjukkan bukti yang kukuh [3] bahawa kedutaan Malaysia di UK mengarahkan supaya pasport beliau dibatalkan," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Gesaan ahli keluarga Waytha dan penyokong pertubuhan itu dilakukan bagi mengembalikan hak pemimpin Hindraf itu untuk pulang merayakan Deepavali bersama anggota keluarganya.

"Jadi kami minta supaya beliau diberikan semula haknya untuk balik dan bebas ke mana sahaja terutamanya untuk merayakan Deepavali yang semakin hampir," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada mulanya, Syed Hamid mengeluarkan kenyataan bahawa pasport Waytha telah tamat tempoh, namun mengeluarkan kenyataan kedua di Parlimen bahawa pasport itu tidak dibatalkan.

"Beliau selaku Menteri kanan boleh berbohong sedemikian. Beliau harus disiasat dan ditahan di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menghasut," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata beliau akan membawa usul tersebut di Dewan Rakyat supaya Syed Hamid dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana berbohong di Parlimen.

Tuduhan menghasut

Pada 26 November 2007 Mahkamah Sesyen Klang telah membebaskan 3 pemimpin Hindraf kerana pegawai pendakwa gagal menyediakan dokumen yang kukuh. Sebelum ini P.Uthaya Kumar, 46; P.Wartha Moorty, 41; dan V.Ganabati Rao, 34, dituduh di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Disemak 1969) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Mereka dipercayai berucap dalam bahasa Tamil yang berbau hasutan perkauman di Restoran Yuen He, Sungai Rambai, Jalan Batang Berjuntai, Kuala Selangor, Selangor antara jam 8.30 malam hingga 11.15 malam pada 16 November 2007. Malangnya transkrip ucapan / perbualan itu dan terjemahannya ke dalam bahasa Melayu tidak disediakan dan tuduhan dipertikaikan oleh peguam bela.

Hakim Mahkamah Sesyen Klang ialah Zunaidah Mohd Idris . Timbalan Pendakwa raya ialah Ishak Mohd Yusuf . Peguam bela tertuduh ialah M.Manoharan .

Ancaman dari kerajaan

Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan amaran bahawa kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sekiranya mereka perlu. Hal ini telah mendapat tentangan dari pelbagai pihak yang menyeru kerajaan bertindak dengan mendengar suara mereka yang menyokong demonstrasi dan tidak menggunakan cara keras (ISA). Mereka yang menyebarkan khabar angin dan berita palsu , melakukan kesalahan di bawah Sekyen 23 Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit ataupun penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

Syed Hamid Albar sinikal terhadap Ketua Menteri Tamil Nadu , M.Karunanidhi yang cuba campur tangan terhadap undang-undang Malaysia dan warganegara Malaysia. Kes ini akan dikendalikan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Malaysia dan Rukun Negara. Karunanidhi dilaporkan begitu mengambil berat nasib kaum Tamil dan mahu membelanya kerana mereka berketurunan Tamil Nadu. Beliau turut menghantar surat kepada Perdana Menteri India, Mammohan Singh . Pranab Mukherjee selaku Menteri Luar India juga mahukan laporan lanjut. [14] Datuk Sri Samy Vellu turut menghubungi kerajaan India bagi menjelaskan keadaan sebenar. Ada blogger mencadangkan kerajaan India menyerang Malaysia sebagaimana kerajaan Chola menyerang Srivijaya satu ketika dahulu.

Musa Hassan menjelaskan bahawa Hindraf sebenarnya tidak menyerahkan sebarang petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur walaupun mempunyai peluang pada bila-bila masa , sebelum dan selepas perhimpunan haram.[15]

Emel Hinraf kepada Gordon Brown, Perdana Menteri Britain kononnya berlaku 'ethnic cleansing' di mana orang India dibunuh setiap hari oleh kerajaan ektremis Islam Malaysia adalah tidak benar. Pemimpin Hindraf terutama Waytha Moorthy Ponnusamy cuba melobi di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , India, Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong mereka. Malahan Hindraf cuba mendapatkan bantuan dan sokongan dari pertubuhan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka. Hindraf juga mengutip dana daripada orang ramai bagi membiayai aktiviti mereka. Bzgaimanapun , setelah dibantah oleh peguambela Hindraf, Tan Sri Abdul Ghani Patail memadam nama LTTE itu dari rekod mahkamah.

Pada 6 Disember 2007 , ahli Parlimen DAP, Karpal Singh berbeza pendapat dengan pemimpin DAP yang lain. Karpal Singh menyatakan tidak pernah berlaku pembunuhan kaum atau genosid di Malaysia.

Rayuan pembebasan pemimpin Hindraf

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan meneliti dan membincangkan memorandum 18 perkara yang disampaikan kepadanya oleh Hindraf di Kuil Karumariamman, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2008. Memorandum itu menuntut pembebasan empat penasihat undang-undangnya iaitu P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kengadharan, dan V. Ganabatirau, beserta penyelaras kumpulan itu, T. Vasanthakumar, yang ditahan mengikut Seksyen 8 (1) ISA kerana menggugat ketenteraman awam berikutan perhimpunan haram Hindraf di Kuala Lumpur pada 25 Nov, 2007. Kini mereka ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Perak sejak 13 Disember 2007.[16] Kehadiran Abdullah jam 5.30 petang sempena siri kempen Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008.

Pada hari yang sama 23 Ogos jam 6.30 petang polis diketuai Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob telah menahan 20 dan 40 tahun di kuil itu kereana bergaduh sesama sendiri. Mereka disiasat menurut Seksyen 27 Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.Mereka disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT). Pada jam 2.00 petang seramai 200 orang berkumpul di kuil itu untuk mengadakan upacara sembahyang danb membakar lilin.[17]

Koordinator Hindraf, W.Sambulingam menafikan Hindraf menganjurkan upacara sembahyang di Kuil Karumariamman itu.

Denda RM1000.00

Pada 18 September 2008, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan seramai 27 peserta perhimpunan haram didenda RM1000.00 setiap seorang. Mereka menyertai perhimpunan haram anjuran Hindraf itu di Kuala Lumpur pada 25 November 2007. Perhimpunan itu disertai 30,000 kaum India dari seluruh negara kerana mendakwa mereka telah dipinggirkan. .Mereka didenda selepas mengaku bersalah. [18]

Samy Vellu rayu pemimpin Hindraf dibebaskan

Pada 26 September 2008, Presiden MIC, Datuk Samy Vellu menemui Abdullah Ahmad Badawi dan menyerahkan surat merayu agar 5 pemimpin Hindraf dibebaskan segera. Abdullah menyerahkan surat itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar. [19]

Memorandum semasa hari raya

Pada 1 Oktober 2008 jam 10 pagi penyokong Hindraf telah menghantar memorandum semasa hari terbuka anjuran Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di PWTC. Kira-kira 200 ahli Hindraf dan 40 aktivis anti-ISA hadir . K Shanti, isteri pemimpin Hindraf dalam pelarian P Waythamoorthy membawa patung beruang dan kad ucapan hari raya.Kad hari raya itu mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang sedang meringkuk dalam tahanan. Mereka menuntut supaya dihapuskan undang-undang yang menghalalkan penahanan tanpa bicara dan kesemua tahanan ISA dibebaskan sebagaimana Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara. Pihak polis menghalang mereka di pintu masuk PWTC.[20][21]

Pengharaman Hindraf

Pada 15 Oktober 2008, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengisytiharkan pengharaman Hindraf kerana fakta dan bukti menunjukkan Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam , keselamatan negara, kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia. Hindraf bertentangan dengan Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).Barisan peguam dari Hindraf pernah mohon pendaftaran sebagai pertubuhan pada 16 Oktober 2007 tetapi pihak pendaftar mengambil masa lama untuk meluluskannya . Menjadi tanggungjawab Jabatan Pertubuhan untuk menyiasat latar belakang organisasi , objektif tersurat dan tersirat , kelayakan individu serta kecenderungan mereka.

Walaupun belum didaftarkan tetapi Hindraf aktif menganjurkan perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.Mslah meminta negara asing menekan Malaysia hingga menjejaskan imej negara.[22]

Pada 16 Oktober 2008, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat tindakan pentgharaman Hindraf merupakan tindakan pencabulan hak berpersatuan yang menjadi asas hak asasi manusia. Tan Sri Simon Sipaun, Datuk Dr Michael Yeoh Oon Kheng dan Datuk Dr Denison Jayasooria berkata tindakan ini akan menyisihkan pergerakan sosial berkenaan daripada masyarakat arus perdana. Tindakan ini tidak akan menyelesaikan isu-isu yang diperjuangkan kumpulan dan individu pergerakan itu [23] Secara teknikal, Hindraf sebuah pertubuhan yang tidak wujud dari segi perundangan dan organisasinya belum didaftarkan secara rasmi.

Pendakwaan Terhadap Uthayakumar

Pada 20 Oktober 2008, P. Uthayakumar (47) menghadapi pertuduhan menerbitkan sepucuk surat berbaur hasutan menerusi laman web http://policewatchmalaysia.com iaitu surat oleh Hindraf yang beralamat di No 135-3-A, Jalan Toman 7, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan, pada 15 Nov 2007. Surat itu didakwa dialamatkan kepada Gordon Brown, Perdana Menteri United Kingdom, 10 Downing Street.

Peguam bela N.Surendren mempertikaikan peranan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana pernah menengking P.Uthayakumar dalam perbicaraan terbuka di Mahkamah Shah Alam. Ketika itu 31 penyokong Hindraf dikaitkan dengan cuba mendapatkan bantuan daripada kumpulan pengganas Tamil Tigers di Sri Lanka. [24] Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur , Jalan Duta, Hakim Sabariah Othman menetapkan 3 Februari 2008 untuk membuat keputusan .Timbalan Pendakwa Raya ialah Raja Rozela Raja Toran.

Mogok lapar di KLCC

Psda hari Rabu, 25 november 2009 , puluhan penyokong Hindraf menyertai mogok lapar bagi mengingati ulang tahun ke-2 perhimpunan raksasa 25 November 2007. Aktivis S Jayathas dan 16 yang lain memakai baju-T Hindraf berwarna oren. Kebanyakan mereka turut memakai lencana anti-ISA. Mogok lapar 18 jam berlangsung sehingga 4 petang bagi menuntut penyelesaian 18 masalah kedaifan masyarakat India di Malaysia. Mogok itu berjalan, diawasi 24 orang anggota polis. [25]

Konvoi Hindraf 2011

Pada 13 Februari 2011, ahli Hindraf juga Parti Hak Asasi Manusia (HRP) berkonvoi di jalan berbeza tanpa permit daripada polis. Oleh polis telah mengadakan sekatan jalan raya dan menahan 63 orang di Perak, Selangor , Kuala Lumpur,Johor, Negeri Sembilan dan Kedah. [26] Mereka ditahan di Balai Polis Travers, Brickfields, Balai Polis Selayang, Balai Polis Jelapang, Ipohdan dekat Jalan Templer di Selangor. Antara yang ditahan ialah ketua penerangan HRP, S Jayathas, ketua HRP Perak, P Ramesh; timbalannya, N Subramaniam ; ketua HRP SElangor, K Selvam ; ketua HRP Negeri Sembilan, S Sivakumar.

Pihak polis merampas 55 poster, 10 bendera dan 200 risalah. Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Kanun Keseksaan. [27] Konvoi ini membawa poster menuntut hak asasi manusia, wajah pejuang dunia seperti Mahatma Ghandhi, Nelson Mandela, Barack Obama,Abraham Lincoln . Terpapar jelas 'Solidarity Against UMNO Racism', 'Ban Interlok' dan 'Right Not Mercy' dan The Neo Democratisation Revolution Begins'.

Lihat juga

Rujukan

  1. Hindu group protests "temple cleansing" in Malaysia
  2. Asia Times
  3. [1]
  4. [2]
  5. Boo Su-Lyn. "Hindraf losing steam, Indians likely back with BN, say analysts @ Mon Jan 28 2013". Dicapai pada 29 Januari 2013. 
  6. Hindu group protests 'temple cleansing' in Malaysia
  7. Why I didn't walk yesterday
  8. Kenyataan Media Ketua Polis Negara Mengenai Hindraf
  9. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0818&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_03.htm&arc=hive
  10. http://www.financialexpress.com/old/latest_full_story.php?content_id=128069
  11. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=300610
  12. http://www.malaysia-today.net/nuc2006/news2007.php?itemid=407
  13. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=297855
  14. http://www.merinews.com/catFull.jsp?articleID=128293
  15. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=300841
  16. Perdana Menteri Akan Teliti Memorandum Hindraf
  17. Sembilan Penyokong Hindraf Ditahan Kerana Timbulkan Kekecohan
  18. Perhimpunan Hindraf: 27 didenda RM1,000
  19. Saya tak pernah lompat" Abdullah
  20. Hindraf mahu bermaafan, Umno kutuk
  21. Penyokong Hindraf Timbulkan Kekecohan Di Rumah Terbuka Hari Raya
  22. Hindraf Diwartakan Sebagai Pertubuhan Haram Mulai Hari Ini
  23. Suhakam Minta Kerajaan Tarik Balik Pengharaman Terhadap Hindraf
  24. Peguam Bantah Surat Izin Pendakwaan Terhadap Uthayakumar
  25. Penyokong Hindraf mogok lapar di KLCC
  26. Polis tahan anggota konvoi anti-rasis HRP Malaysiakini
  27. Konvoi bantah Interlok ditahan kerana tiada permit Utusan Malaysia 13 Februari 2011

Pautan luar