Hinduisme di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hinduisme di Malaysia biasanya dianuti oleh kaum India yang merangkumi hampir 6.37% penduduk Malaysia. Data dari Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa daripada 1,800,000 penduduk kaum India di Malaysia, 82.7 % adalah keturunan Tamil, 7.7% Malayali, 4.7 % Punjabi, 3.4 % Telegu, dan 1.5% lain-lain.[1]

Kebanyakan penganut Hindu di Malaysia tertumpu di kawasan Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri di Malaysia dengan peratus penganut tertinggi di Malaysia, beradarkan bancian tahun 2010 adalah Negeri Sembilan (13.4%), diikuti oleh Selangor (11.6%), Perak, (10.9%), Pulau Pinang (8.7%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (8.5%), Kedah (6.7%) dan Johor (6.6%).[2] Negeri paling sedikit peratus penganut Hindu adalah Sabah (0.1%).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengaruh Hindu lebih awal sampai di Malaysia berbanding dengan agama Islam. Pengaruh Hindu/bahasa Sanskrit dapat dikesan dalam bahasa Melayu, kesusasteraan dan kesenian. Candi Lembah Bujang di Kedah adalah bukti orang Melayu di Kuala Kedah pernah menganut agama Hindu-Buddha. Candi Borobudur dan Candi Parambanan di Jawa, Indonesia adalah bukti penduduk Jawa pernah menganut agama itu. Malah masyarakat Bali sehingga kini masih mengamalkan agama dan budaya Hindu.

Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu di selatan India lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bekerja sebagai buruh ladang getah milik peladang Eropah. Minoriti India ini di bawa ke Malaysia dari utara India dan Sri Lanka.

Sehubungan dari ini, 30% orang Tamil dari Tamil Ilagam (Tamil Nadu) juga bekerja sebagai kerani untuk pihak British and syarikat mereka di Pulau Pinang, Singapura and Kuala Lumpur waktu itu. Mereka yang bekerja sebagai kerani di Pulau Pinang menyumbang kepada pertubuhan hak asasi masyarakat Tamil dan India di Malaysia.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa di ladang-ladang dan kediaman mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka. Kebanyakan masyarakat Tamil menganuti mazhab Shaivisme sebagaimana tradisi di India Selatan. Namun, banyakan kuil di Malaysia ialah kuil Dewa Subrahmaṇya dan Dewi Mariamman. Selain itu, dewa-dewa kecil seperti Madurai Veeran dan Karuppan juga telah dibina di kawasan-kawasan ladang.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Semua pelajar India dibenarkan bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil atau di sekolah kebangsaan. Sistem pendidikan di Malaysia membenarkan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT). Begitu juga dengan bahasa Cina dijadikan bahasa dibenarkan menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC). Hal ini berterusan sehingga selepas Malaysia merdeka pada tahun 1957. Seterusnya ditegaskan lagi dalam Penyata Razak dan seterusnya.

Kebanyakan sekolah rendah Tamil terletak di ladang-ladang dan hampir semua pelajarnya dari kaum India yang tinggal di ladang tersebut. Ladang-ladang ini telah bertukar menjadi bandar dan kawasan perumahan moden. Penduduk India yang tinggal di bandar turut bersekolah di sekolah rendah Tamil ini yang dahulunya merupakan sekolah ladang. Subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Tamil. Sebaliknya subjek Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan diajar dalam bahasa Ingggeris. Tahap penguasaan pelajar India dan Cina terhadap bahasa Inggeris lebih baik daripada pelajar Melayu kerana faktor latar belakang ibu bapa dan sebagainya.

Di peringkat sekolah menengah, bahasa Tamil dan bahasa Cina tidak menjadi bahasa pengantar. Sebaliknya menjadi satu subjek sahaja dengan 6 waktu setiap minggu (6 waktu X 40 minit) yang dipanggil POL. Di sekolah menengah, pelajar India dan Cina bercampur dengan pelajar Melayu dan lain-lain dalam konteks masyarakat majmuk. Peluang untuk berinteraksi dan saling mengenali di antara pelbagai kaum hanya bermula di sekolah menengah sahaja. Salah faham, pertengkaran dan pergaduhan mudah berlaku tetapi dapat dikawal oleh guru-guru di sekolah kerana Kementerian Pelajaran sangat menekankan soal perpaduan kaum.

Bagi merapatkan jurang antara kaum, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah dilakasanakan di sekolah dari semasa ke semasa.

Di peringkat universiti, pelajar dari pelbagai agama dan kaum cuba diletakkan dalam satu bilik tetapi kurang berjaya.

Kuil Hindu[sunting | sunting sumber]

Penduduk Selangor berjumlah 6 juta, 3 juta orang Melayu. Ada 358 buah masjid dan kira-kira 1000 buah surau. Jumlah keseluruhan 1366 buah.

Di Selangor terdapat 960,000 orang India dengan 1500 kuil sementara kaum Cina seramai 1.8 juta mempunyai 1015 tokong Buddha. Ada 27 buah gereja bagi 50,000 penganut Kristian.

Setiap tempat ibadah tidak kira masjid, kuil, tokong atau gereja mestilah dibina mengikut undang-udang dan tidak boleh dibina di atas tanah persendirian, milik orang lain. Perkara hak milik tanah hendalah dirujuk kepada Pejabat Tanah di setiap pejabat daerah.

Pemilik tanah akan meminta pentisyen mahkamah untuk mengeluarkan setinggan, surau dan kuil yang dibina din atas tanah persendirian. Oleh itu pejabat daerah akan mematuhi arahan mahkamah ini untuk mengeluarkan mereka. Setakat ini di Selangor telah merobohkan 16 buah surau dan masjid, 38 kuil, 19 tokong. Tidak ada gereja yang dirobohkan.

38 buah kuil dirobohkan kerana dibina di tanah milik persendirian yang menjadi masalah kepada kaum lain. Masjid dan surau dirobohkan kerana hendak membina jalan. Lokasi baru yang sesuai akan diberikan. Kerja-kerja alihan dan pampasan akan diberi.

MIC tidak cukup berkesan memberi penerangan kepada masyarakat India tentang situasi sebenar ini. Pelampau Hindraf ini amat agresif dan sanggup mengambil tindakan yang tertentu. Pilihan raya juga semakin dekat. Sepatutnya MIC tidak menyembunyikan pendirian. [3]

Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 2006, kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman yang terletak di Setapak,Kuala Lumpur ini telah diberi notis oleh Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mematuhi syarat pembinaan bangunan dan tempat agama. Pihak Hindraf telah memainkan peranan membantah tindakan pihak penguatkuasa ini.

Kuil di Kampung Rimba Jaya[sunting | sunting sumber]

Pada 15 November 2007, kuil di Kampung Rimba Jaya, Padang Jawa, Shah Alam, Selangor telah dirobohkan dan dipindahkan ke tempat lain oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Sebenarnya tapak kuil, surau dan kawasan setinggan di situ milik swasta yang hendak membangunkannya dengan kawasan perumahan. Pihak swasta itu ialah Syarikat Ho Hah Development Sdn Bhd yang tekah memiliki tanah itu sejak 1977. Syarikat mendapat perintah mahkamah pada 1988 untuk mengeluarkan setinggan itu termasuk kuil dan bangunan yang lain tanpa sebarang pampasan. Pada 2003 syarikat itu benkrap. Kerajaan melalui PKNS telah menyerahkan tanah itu kepada Kem Rimba Raya dengan bayaran RM2.5 juta. Syaratnya mestilah jika mahu membeli kawasan tersebut, perlu menyediakan kawasan rumah untuk setinggan yang tinggal di situ, tapak untuk rumah ibadah, dan dua lagi tadika, iaitu tadika KEMAS dan tadika untuk masyarakat India.

800 daripada 1000 setinggan setuju pindah ke rumah pangsa Seksyen 26, Kampung Baru Hicom. Pemilik asal kuil juga telah mendapat notis pemindahan dan bersetuju dipindahkan dengan pampasan sebanyak RM40,000. Tetapi pihak luar yang dipercayai penyokong Hindraf telah membuat halangan dan bantahan sehingga 10 anggota penguatkuasa Majlis Bandar raya Shah Alam terpaksa dimasukkan ke hospital. Sami lama tidak dibenarkan masuk ke dalam kuil. [4]

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan kuil itu dirobohkan pada 6 November 2007 iaitu dua hari sebelum Hari Deepavali iaitu pada 8 November 2007. Sebaliknya pada 15 November 2007.

Memorandum kepada Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Januari 2007 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah berbincang dan menerima memorandum daripada Pengerusi Majlis Hindu Malaysia, Datuk R. Nadarajah di Rawang . Tempat perbincangan telah dipindahkan dari Batu Caves ke Rawang, Selangor.

Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan pada 2008 bagi menyelaras dan menetapkan garis panduan bagi pembinaan kuil di Selangor pada masa depan. Pemb inaan kuil sepatutnuya mengikut peraturan kerajaan Selangor kerana sebelum ini banyak yang dibina tanpa prosedur yang jelas.[5]

Dalam rekod kerajaan Selangor, terdapat 146 kuil Hindu berdaftar di Selangor.Jumlah yang sebenar tidak dapat dipastikan. Malahan ramai yang tidak hadir.

Seramai 800 pengerusi kuil yang berdaftar dan tidak berdaftar (haram) dijemput hadir dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.Datuk R. Nadarajah ialah Pengerusi Majlis Hindu Malaysia dan Pengerusi Kuil Sri Mariamman Dhevasthanam . Nadarajah meminta kerajaan Selangor menyediakan tanah dan bantuan kewangan untuk pembinaan kuil, serta menaik taraf dan mengekalkan kuil Hindu yang sedia ada.

Peranan Persatuan Hindu Sangam didaftarkan sebagai syarikat sendirian berhad dan tidak semua kuil Hindu berdaftar dengannya. Persatuan Hindu Sangam turut dijemput dalam mesyuarat tersebut.

Sebelum ini Datuk Seri Samy Vellu menyatakan perhimpunan Hindraf telah memecahkan kesetiaan masyarakat India kepada Barisan Nasional.[6]

Pendirian negara asal India[sunting | sunting sumber]

Diaspora India memang ada di mana-mana dan mewarnai kehidupan, seni bina bangunan dan kebujdayaan kebanyakan negara seperti di Malaysia, Sri Lanka dan Fiji. Malahan Mahatma Ghandhi mendapat sumber inspirasi dari Afrika Selatan.

Ramainya buruh India yang dibawa dari Tamil Nadu telah mendapat perhatian Ketua Menteri Tamil Nadu. Pemimpin Hindraf, Wytha Moorthy Ponnusamy berada di Tamil Nadu bagi mendapatkan sokongan. Tetapi P. Wytha Moorthy menafikan mahu mendapatkan sokongan dan bantuan daripada pemberontak Harimau Tamil Eelam (LTTE). Beliau juga berharap LTTE tidak menawarkan sebarang sokongan dan bantuan kepada Hindraf, tetapi tidak juga menolak berlaku keganasan. Katanya “I prefer the path of nonviolence. But I don’t rule out the possibility of the protest turning violent in the future, though I hope it does not.” [7]

Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan negara India terutama hubungan ekonomi dan politik. Syarikat Malaysia sendiri sedang membina lebuh raya merentasi antara Madras ke Mumbai, India. India dan Malaysia akan memulakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) tahun 2008 dan rundingan memasukkan FTA India-Asean yang tertangguh.

Parti Bharatiya Janata yang pro Hindu cukup berhati-hati dengan isu Hindu terutama selepas runtuhnya Masjid Babri di Ayodhya, Gujerat, barat India . Lebih 1000 orang terkorban gara-gara mahu memenangi pilihan raya di India. Kemelaratan dan kemiskinan hidup rakyatnya tidak berjaya diatasi. Selain itu ada 150 juta penganut Islam di India. [8]

Majlis Kuil Hindu[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Disember 2007, MIC telah menubuhkan Majlis Kuil Hindu dan dihadiri 750 pengerusi kuil dari seluruh Malaysia. Ini ekoran permintaan Perdana Menteri Malaysia , Abdullah Ahmad Badawi yang mahu MIC menyenaraikan semua kuil Hindu dan mengenalpasti masalah seperti isu perobohan dan pemindahan. Majlis ini akan mendaftarkan semua kuil yang mematuhi syarat dan mendapatkan tapak tetap dan tapak alternatif jika perlu. Tanah gantian akan diacari jika kuil sedia ada dibina di atas tanah persendirian, ladang atau tanah kerajaan.[9]

Sami dari India[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Januari 2007, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad menyatakan orang tempatan hendaklah diutamakan menjadi sami, pengarca dan ahli muzik , bukan diimport dari India. Ada di antara mereka bekerja di Malaysia sehingga 10 tahun.

Pekerja profesional dari India masih dialu-alukan di Malaysia. Hanya pekerja dari Bangladesh disekat sejak September 2007 kerana ramai yang ditipu dan dieksploitasi oleh agen .

Datuk A. Vaithilingam selaku Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS)bersedia menjadi orang tengah dalam urusan merayu melanjutkan visa sami, pengarca dan ahli muzik yang dibawa dari India. Ibu pejabat MHS ialah di No 67, Jalan PJS, 1/48, Taman Petaling Utama 7, Petaling Jaya, Selangor.

Taburan penganut Hindu[sunting | sunting sumber]

Sebuah kuil Hindu gaya India Selatan di Malaysia.
Pintu masuk kuil Batu Malai Sri Subramaniar.

Negeri-Negeri di Malaysia dengan lebih 25,000 penganut Hindu bagi bancian tahun 2010,[10]

Negeri di
Malaysia
Populasi Hindu
(Bancian tahun 2018)
Johor 223,128
Kedah 132,958
Melaka 50,731
Negeri Sembilan 139,859
Pahang 60,428
Perak 275,518
Pulau Pinang 144,412
Selangor 691,215
W.P. Kuala Lumpur 163,997

Menurut Bancian tahun 2010, terdapat seramai 1,777,694 orang penganut agama Hindu di Malaysia (6.27% daripada penduduk). Daripada penganut agama Hindu, 1,644,072 terdiri daripada kaum India, 111,329 adalah bukan warganegara, 14,878 adalah Cina, 4,474 lain-lain, dan 2,941 orang asli (termasuk 554 Iban di Sarawak).[11] 86.18% orang India Malaysia merupakan penganut Hindu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Onam 1 Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-05. Dicapai pada 2009-09-04.
  2. ^ Population Distribution and Basic Demographic Characteristics 2010 Department of Statistics, Government of Malaysia (2011), Page 13
  3. ^ Transkrip Penuh Wawancara RTM Dengan Dr Mohamad Khir
  4. ^ Hindraf Mahu Raih Sokongan Antarabangsa - Khir Toyo.
  5. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=306063
  6. ^ "Khir jumpa pengerusi kuil Jumaat ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-03. Dicapai pada 2007-12-31.
  7. ^ "Karunanidhi conned into supporting HINDRAF in 'larger conspiracy'?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-04. Dicapai pada 2008-01-03.
  8. ^ Hindraf Salah Pilih Isu, Tidak Dapat Sokongan Di India.
  9. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=306089
  10. ^ Population Distribution and Basic Demographic Characteristics 2010 Department of Statistics, Government of Malaysia (2018), Page 83-101
  11. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf