Hingar (video)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Di suatu saluran kosong, penerima TV analog menunjukkan corak hingar "salji". Suatu corak serupa ditunjukkan pada saluran digital apabila tidak menggunakan kotak penukar DTV.
Sebuah penerima hitam putih menunjukkan hingar.

Hingar dalam video dan televisyen analog ditanggap sebagai suatu corak titik rawak yang ditindihkan pada gambar sebagai akibat hingar elektronik dan hingar elektromagnetik terpancar yang ditangkap oleh antena penerima—ia adalah "salji" yang dilihat dengan isyarat televisyen analog lemah atau pita VHS kosong.

Apabila tiada penghantaran, iaitu apabila tiada isyarat, hingar atau "salji" lazimnya disebabkan oleh hingar terma dari alat itu sendiri, medan elektromagnet daripada alat elektrik rumah lain, dan isyarat-isyarat elektromagnetik lain, kesemuanya yang diterjemahkan sebagai isyarat luminans. Kebanyakan hingar ini datangnya dari transistor pertama antena dipasang kepada.[1]

Disebabkan fungsi algoritma litar elektronik set televisyen digital dan pengkuantuman terwujud skrinnya, "salji" yang dilihat di TV digital kurang rawak.[2]

Penonton UK pernah melihat "salji" pada skrin hitam setelah tamat siaran, bukan "serangga" pada putih, suatu artifak teknikal kerana penerima British 405-baris lama menggunakan modulasi video positif berbanding negatif yang digunakan di Kanada, Amerika Syarikat, dan (kini) di UK juga.

Kebanyakan televisyen moden secara automatik menukar ke skrin biru jika statik hadir tanpa isyarat, dan juga membatalkan apa jua hingar latar belakang. Jam yang menghitung undur dari tempoh masa 5 atau 10 minit juga lazim, dan apabila mencapai sifar, televisyen secara automatik berubah ke mod tunggu sedia kerana paparan biru atau statik tiada gunanya.

Oleh sebab "salji" dilihat sebagai pepijat hitam yang cepat berkelip-kelip pada latar belakang putih yang nyaman, di Sweden, Denmark dan Hungary, fenomena ini sering disebut myrornas krig dalam Bahasa Sweden, myrekrig dalam Bahasa Denmark dan háborúja hangyák dalam Bahasa Hungary, yang diterjemahkan menjadi "perang semut" atau kadang-kadang hangyafoci yang bermaksud "semut bola sepak", dan dalam bahasa Romania, purici, yang diterjemahkan menjadi "kutu".[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Antenna basics An HDTV Primer
  2. ^ WonderQuest: Fast answers
  3. ^ Munck, Anders (2007-09-23). "Tv-brus bra för barn med ADHD" (dalam bahasa Swedish). SvD. Dicapai pada 2007-07-31. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Noise


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.