Hiperbola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Jenis gaya bahasa ini sering digunakan untuk meluahkan perasaan mahupun tanggapan secara melampau. Hiperbola mampu menekankan sesebuah penerangan dengan lebih mendalam.

Contoh Ayat[sunting | sunting sumber]

Contoh ayat 1: seribu tahun sanggup kutunggu

Huraian: Kita sedia maklum bahawa tiada manusia pada zaman sekarang yang boleh hidup sehingga seribu tahun atau beribu-ribu tahun.

Contoh Ayat 2: Hatiku bagaikan dikunyah-kunyah sehingga lumat

Huraian : Menerangkan bahawa hatinya sakit dengan melampau