Hipoksia (perubatan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hipoksia ialah satu keadaan patologi di mana seluruh tubuh (hipoksia umum) atau sebahagian tubuh (hipoksia tisu) kekurangan bekalan oksigen.

Tanda-tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Tanda-tanda hipoksia bergantung kepada keadaan individu dan kadar kekurangan oksigen. Dalam kes tekanan udara rendah hipoksia terjadi secara beransur-ansur, gejala termasuk sakit kepala , mengantuk , keletihan, sesak nafas, perasaan euforia [1] dan loya. Jika hipoksia yang teruk berlaku boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda hipoksia yang teruk terjadinya perubahan warna biru pada kulit, yang dipanggil sianosis. [2]

Hipoksia dalam penerbangan[sunting | sunting sumber]

Hipoksia [3] berlaku apabila keadaan tekanan udara rendah dan kekurangan oksigen pada aras ketinggian. Sebab berlaku hipoksia kerana ketegangan oksigen alveolar dalam paru-paru dan seterusnya dalam otak, yang membawa kepada pemikiran yang lembap, penglihatan malap, kehilangan kesedaran, dan akhirnya kematian. Dalam sesetengah individu, terutamanya mereka yang mempunyai jantung atau penyakit paru-paru, gejala boleh bermula serendah 5,000 kaki (1,500 m), walaupun kebanyakan manusia boleh bertahan dengan ketinggian 8,000 kaki (2,400 m) tanpa kesan buruk.[4] Pada ketinggian ini, terdapat kira-kira 25% kurang oksigen daripada terdapat di paras laut. Bagi manusia biasa yang aktif bersenam ia mampu bertahan sehingga ketinggian 10,000 kaki.

Hipoksia boleh ditangani dengan bantuan oksigen tambahan dengan menggunakan topeng oksigen atau kanula hidung.

Topeng Oksigen penumpang pesawat.
Juruterbang pesawat tentera memakai topeng oksigen untuk mencegah hipoksia
ilustrasi kanula hidung


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Rujukan :[sunting | sunting sumber]

  1. Euforia [1]
  2. Tanda-tanda hipoksia [2]
  3. Apa itu hipoksia ? [3]
  4. Altitude air pressure calculator [4]
  • Hipoksia,fenomena kekurangan oksigen [5]