Hipopusat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hipopusat (fokus) dan pusat gempa bumi.

Hipopusat (erti harfiah: 'di bawah pusat' dari bahasa Yunani Kuno υπόκεντρον) bermaksud tapak kejadian gempa bumi atau letupan nuklear. Hipopusat gempa bersinonim dengan fokus sementara hipopusat letupan nuklear juga bergelar sifar bumi (ground zero).

Gempa bumi[sunting | sunting sumber]

Hipopusat gempa bumi merupakan kedudukan di mana tenaga terikan yang tersimpan dalam batu mula-mula dilepaskan, dan oleh itu merupakan titik di mana sesar mula pecah. Ini berlaku di kedalaman fokus di bawah pusat gempa (epipusat).

Kedalaman fokus boleh dihitung dengan sukatan berdasarkan fenomena gelombang seismos. Seperti dengan semua fenomena gelombang dalam fizik, terdapat ketidaktentuan dalam sukatan sedemikian yang bertambah bersama panjang gelombang, maka adalah sukar untuk menentukan kedalaman fokus sumber gelombang panjang (frekuensi rendah) dengan tepat. Gempa bumi yang amat kuat memancarkan sejumlah besar tenaga yang dilepaskannya dalam gelombang seismik dengan gelombang yang sangat panjang, oleh itu gempa bumi yang lebih kuat melibatkan pelepaskan tenaga daripada jisim batu-batan yang lebih besar.

Letupan dalam udara[sunting | sunting sumber]

Tugu dekat hipopusat bom atom di Nagasaki

Istilah hipopusat juga bermaksud titik pada permukaan Bumi yang betul-betul di bawah letupan dalam atmosfera. Pada dasarnya, ia memaksudkan sebarang letupan yang sedemikian, tetapi istilah itu tidak dianggap perlu sehinggalah wujudnya letupan nuklear besar-besaran. Dalam konteks ini, istilah 'sifar bumi' sama erti dengan hipopusat, namun istilah sifar bumi kurang persis kerana sering dilonggarkan maksudnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]