Hisaichi Terauchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Terauchi Hisaichi.jpg

Hisaichi Terauchi (lahir 8 Ogos 1879, mati 12 Jun 1946) adalah seorang Panglima Medan (Gensui) Tentera Darat Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Beliau merupakan anak sulung Perdana Menteri Jepun Terauchi Masatake. Hisaichi Terauchi lahir di prefektur Yamaguchi. Setelah tamat belajar di Akademi Tentera Jepun pada tahun 1900, dia menyertai Tentera Darat dan ditugaskan dalam Perang Rusia-Jepun. Selesai perang, Terauchi menjadi pegawai tentera di Jerman dan bekerja sebagai tenaga pengajar di Akademi Tentera. Terauchi menjadi terkenal setelah Angkatan Laut Jepun yang dipimpinnya berhasil mengalahkan Angkatan Laut Rusia pada tahun 1905. Tahun tersebut dan pertempuran tersebut dianggap sebagai titik tolak kebangkitan bangsa Asia (ras kulit kuning) atas dominasi bangsa Eropah (ras kulit putih). Di berbagai penjuru Asia, kemenangan Panglima Medan Terauchi disambut dengan meriah.

Pada tahun 1919, beliau dianugerahi gelar hakushaku dan menjadi kolonel. Kemudian menjadi mejar jeneral pada 1924 dan ditugas untuk memimpin pasukan Angkatan Darat Chōsen di Korea tahun 1927. Setelah menjadi leftenan jeneral pada tahun 1929, dia diangkat menjadi pemimpin pasukan Divisi Ke-5 dan kemudian dipindahtugaskan ke Divisi Ke-4 pada tahun 1932. Tahun 1934, ia menjadi panglima Angkatan Darat di Taiwan.

Bulan Oktober 1935, dia menjadi jeneral (penuh) dan terlibat dalam faksi Kodoha dalam politik Jepun. Setelah peristiwa Insiden 26 Februari, beliau terpilih dari Angkatan Darat menjadi Menteri Perang pada tahun 1936, dalam pemerintahan Perdana Menteri Jepun Hirota Koki, yang selanjutnya mempertajam konflik antara kubu tentera dan kubu awam di dalam Diet Jepun.

Apabila berlaku Perang China-Jepun II, dia kembali ditugaskan ke medan perang sebagai panglima Angkatan Darat Kawasan China Utara. Tahun 1938, dia dianugerahi tanda kehormatan Anugerah Rising Sun kelas pertama dan pada 6 November 1941 diangkat sebagai panglima Grup Angkatan Darat Ekspedisi Selatan . Kemudian ia bersama Laksamana Yamamoto Isoroku menyusun pelan strategi Perang Pasifik.

Hisaichi Terauchi memimpin menyerbu Asia Tenggara pada tahun 1941-1942. Markas besar di Singapura dan dilantik menjadi Panglima Medan (lebih tinggi daripada jeneral). Selanjutnya dia pindah ke Filipina pada bulan Mei 1944. Ketika Pihak Berikat mengancam Filipina, Hisaichi Terauchi mundur ke Saigon, di Indochina Perancis (sekarang Vietnam). Setelah mendapat maklumat bahawa Burma bebas daripada Jepun, dia menderita strok pada 10 Mei 1945. Pada 12 September 1945, Jeneral Itagaki Seishiro, mewakili Terauchi, menyerah kepada Pihak Berikat di Singapura. Terauchi sendiri menyerah kepada Lord Mountbatten pada 30 September 1945 dan meninggal sebagai tawanan perang di Malaya setelah perang tamat.

Catatan[sunting]

Chōsen adalah nama Jepun untuk Korea, berasal dari bahasa Korea Joseon (조선, 朝鮮, disebut pula Chosŏn)

Rujukan dan pautan[sunting]