Hisham II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hisham II ('ھش) adalah Khalifah Cordoba yang ketiga di dalam dinasti Ummayyah. Beliau memerintah dari tahun 976-1009 dan 1010-1013 di Al-Andalus (Semenanjung Iberia).

Hisham II telah menggantikan ayahandanya Al-Hakam II sebagai khalifah Cordoba pada tahun

976 pada usia 10 tahun, dengan ibunya Subh dan perdana menterinya Jafar al-Mushafi yang bertindak sebagai pemangku. Jeneral Ghalib dan al-Mansur ibn Abi al-Aamir telah menghalang sebahagian sida-sida daripada menempatkan adik lelaki al-Hakam II di atas takhta. Hisham II telah diasingkan daripada kerajaan dan tidak mempunyai sebarang pengalaman memerintah. Pada 997, al-Mansur telah memaksa Khalifah Hisyam II supaya meneyerahkan kuasa pemerintahan kerajaan kepada beliau.

Selepas kematian. al-Mansur, anaknya Abd al-Malik al-Muzaffar menjadi wazir dan mengukuhkan kedudukannya dengan kejayaannya menawan Navarre dan Barcelona sebelum dibunuh oleh adik tirinya Abd Rahman Sangul (1008-1009). Pada 1009, Muhammad II al-Mahdi telah mengetuai pemberontakan untuk menumbangkan Sangul dan Hisham II, di mana mereka berdua dipenjarakan di Cordoba semasa pemerintahan baru itu.

Beberapa tahun selepas itu berlaku perubahan pucuk pimpinan. Sebagai hasilnya, berlakulah perang di antara orang Barbar dan orang Arab di mana Muhammad II kehilangan kuasanya kepada Sulaiman al-Mustain pada 1009. Akhirnya, tentera Slav di bawah pimpinan al-Wahdid telah mengembalikan Hisham II sebagai khalifah pada 1010.

Al-Wahdid telah gagal mengawal tentera Barbar yang masih menyokong Sulaiman al-Mustain dan perang saudara berterusan. Pada 1013 tentera Barbar menawan Cordoba dengan melakukan pelbagai kemusnahan. Tidak diketahui apakah nasib Hisham II selepas itu - beliau dikatakan telah dibunuh oleh Barbar pada 19 April 1013. Sulaiman al-Mustain (1013-1016) menggantikannya sebagai khalifah.

Hisham II
Didahului oleh
Al-Hakam II
Khalifah Cordoba
976 – 1009
Diikuti oleh:
Muhammad II
Didahului oleh
Sulaiman al-Mustain
Khalifah Cordoba
1010 – 1013
Diikuti oleh:
Sulaiman al-Mustain