Hishimochi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hishimochi

Hishimochi (菱餅?) ialah kuih mochi berlapis tiga dengan bentuk ketupat dengan warna merah jambu, putih, dan hijau. Kuih ini merupakan makanan istimewa untuk Hinamatsuri setiap 3 Mac di Jepun. Selain dihias bersama anak patung, hishimochi dimakan setelah dipanggang lebih dulu.

Kuih ini umumnya terdiri daripada 3 warna, tetapi dibuat menjadi 5 warna hingga 7 warna di beberapa daerah di Jepun. Warna kuih ini melambangkan pemandangan awal musim bunga ketika rumput muda mula tumbuh di bawah sisa-sisa salji yang mencair sementara pohon persik mulai berbunga.[1] Hishimochi yang dikenali sekarang ini berasal dari model hishimochi yang dibuat ketika di zaman Edo.

Erti simbol[sunting | sunting sumber]

  • Warna merah melambangkan bunga persik yang dipercayai boleh menghalau nasib sial. Pewarna merah yang dipakai berasal dari bunga kaca piring yang dipercayai memiliki khasiat menawar racun, menghalau nasib buruk, dan penghormatan terhadap leluhur.
  • Warna putih melambangkan kesucian, dan sisa-sisa salji. Lapisan berwarna putih dicampur dengan biji tanaman hishi yang dipercayai memiliki khasiat menurunkan tekanan darah.
  • Warna hijau melambangkan kesihatan dan umur panjang, serta rumput muda yang tumbuh di bawah sisa-sisa salji musim bunga. Dulunya, pewarna hijau yang biasa digunakan di Jepun berasal daripada daun hahakogusa (terjemahan harfiah: rumput ibu-anak). Namun, tanaman "rumput ibu-anak" yang dihaluskan dipercaya kurang membawa keuntungan, sehingga pewarna hijau diambil dari daun yomogi yang dihaluskan.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Penghuni istana maharaja dikisahkan memakan kuih hishihanabira mochi sewaktu merayakan tahun baru. Cerita lain mengatakan mulanya hishimochi berbentuk segi tiga, namun diganti menjadi bentuk ketupat (bahasa Jepun: hishi) sebagai lambang tanaman hishi yang mudah berkembang biak. Anak perempuan yang memakan hishimochi diharap berumur panjang seperti Sennin yang khabarnya hidup 1000 tahun kerana memakan tanaman hishi.

Pada zaman Muromachi, keluarga dari suku Ashikaga memiliki tradisi memakan mochi berwarna merah dan putih yang berbentuk ketupat. Tradisi suku Ashikaga ditiru di istana maharaja. Setelah ditambah lapisan berwarna hijau dengan pewarna dari tanaman yomogi maka terciptalah hishimochi yang dikenali orang sekarang ini.

Tradisi daerah[sunting | sunting sumber]

  • Kyoto: sebagai pengganti hishimochi, orang Kyoto menggunakan akoyamochi (hichigiri).
  • Wilayah Mie: hishimochi disebut sankaku mochi (mochi segi tiga), dan merupakan hadiah bagi orang tua di hari Hinamatsuri
  • Wilayah Shizuoka: hishimochi berbentuk segi tiga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Hina Matsuri Girl's Festival Learn about the festival and beautiful hina dolls". Pemerintah Metropolitan Tokyo. Diperoleh pada 28 Februari.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]