hitz.fm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
hitz.fm
Hitz.Fm.jpg
Kawasan penyiaran Bendera Malaysia Malaysia
Tarikh siaran pertama Januari 1997
Format Hit semasa
Pemilik Astro All Asia Networks plc, di bawah Airtime Management and Programming
Tapak web www.hitz.fm

hitz.fm ialah sebuah stesen radio Malaysia yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan AMP Radio Networks, sebuah anak syarikat Astro All Asia Networks plc. hitz.fm merupakan saluran berbahasa Inggeris yang paling laris dari segi jumlah pendengar.

Isi kandungan

Rancangan [sunting]

Intisari rancangan hitz.fm (dan pengacara masing-masing) adalah seperti berikut:

Isnin–Jumaat
6-10am: JJ Fernandez and Tengku Mohd Ean Nasrun (hitz.fm Morning Crew)
10am-2pm: Adam Carruthers (hitz.fm 10am-1pm-Hitz Top Ten @ 10,Hitz 10 In A Row)
2pm-4pm: Moots (hitz.fm Top 40)
4-8pm: Natalie Kniese (hitz.fm Drive Thru)
8pm-12mn: Jin (hitz Party)

Sel & Rab 2am-3am: Suresh Nelson (Dialogue 7)

Hujung minggu
Sab & Ahd : Free hitz Weekend
Sab, 3-5pm : Best of Gotchas
Sab, 11am-3pm & Ahd 5pm-9pm : 'Weekend Banter'
Sab, 6-10pm; Ahd, 12-4pm: Rick Dees' Weekly Top 40 (disuap dari Amerika Syarikat)
Sab, 10pm-12mn & Ahd, 9-11pm: Club hitz, dimix oleh DJ Fuzz dan DJ Ken
Sab, 10am-12 noon, repeats Monday, 1am-3am: Jin (hitz 20)
Ahd, 4pm-5pm : Jakeman dan Moots! (Malaysian English Top 10)

Lain-lain [sunting]

Pasukan jalanan bagi hitz.fm ialah hitz.fm Cruisers (secara ringkasnya, Cruisers). Tugas mereka adalah untuk bertemu peminat stesen ini dan memberi hadiah percuma kepada mereka bagi pihak hitz.fm.

hitz.fm juga mempunyai satu saluran televisyen saudara, iaitu saluran Astro hitz di Astro.

Sejarah [sunting]

HITZ FM muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.

Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis independent.

Pada bulan April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai hitz.fm (dengan tanda "dot") sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan streaming yang serentak dengan siaran radio.

Pada bulan Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz.fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat tahun 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm.

Pada tahun 2005, Anugerah hitz.fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya berbahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.

Bekas juruhebah [sunting]

Berikut adalah senarai bekas juruhebah hitz.fm dan tempoh bertugas mereka di stesen ini.

Frekuensi [sunting]

Alor Star/Pulau Pinang/Kota Bahru 92.8
Ipoh 92.7
Johor Bahru/Singapura 97.6
Lembah Klang 92.9
Kuala Terengganu 94.8
Kuantan/ Johor Timur (Mersing) 93.2
Kuching 95.3
Melaka 93.0
Seremban 95.0
Taiping 93.6
Kuching 95.3
Kota Kinabalu 100.8

Pautan luar [sunting]

Stesen radio tunas Rencana berkaitan stesen radio ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.