Ho Ching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ho Ching merupakan Pengerusi , CEO Temasek Holding dengan aset US$50 bilion . Ho Ching ialah isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Lee Hsien Loong juga Menteri Kewangan Singapura dan anak bekas Perdana Menteri Singapura , Lee Kuan Yew.

Syarikat Temasek Holdings telah membeli syarikat Shin Corp dari Perdana Menteri Thailand ,Thaksin Shinawatra pada tahun 2006. Selepas pembelian ini, Thaksin berhadapan dengan rampasan kuasa dan dituduh rasuah dan belot kepada negara.

Ho Ching ialah anak sulung dari empat adikp-beradik, dan telah menerima pendidikannya di institusi-institusi pendidikan yang terulung seperti Maktab Rendah Kebangsaan (National Junior College atau NJC), dimana dia muncul sebagai pelajar terbaik (Student of the Year) serta Mahasiswi Presiden (President's Scholar). Bapanya ahli perniagaan bernama Hon Eng Hong dan Chan Chiew Ping . Pada 1985 beliau berkahwin dengan Lee Hsien Loong yang kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura pada 2004.

Pengiktirafan perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pada 2007, majalah Forbes telah meletakkan Ho Ching di tempat ke-3 , 100 wanita Paling Berkuasa di Dunia dalam perniagaan , di luar Amerika Syarikat. Sebelum ini beliau diletakkan pada ranking ke-11 tahun 2005, ke-5 tahun 204 dan ke-10 tahun 2003.

Selepas beliau membeli Shin Corp dari Thaksin, saham yarikat itu jatuh 40 %.

Ho Ching mengembangkan perniagaan Temasek Holding terlalu pantas iaitu 27 %. Mulanya nilai sahamnya US$80 bilion kepada US$108 bilion . Banyak syarikat telekomunikasi dan perbankan di China dan India telah dibeli oleh Temasek Holding.