Hobi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa.

Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma. Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal.

Memancing adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya adalah ikan dan hadiah pertandingan memancing.

Antara hobi lain ialah memelihara burung untuk mendengar bunyi, memiliki pokok bonsai dan memelihara ikan lohan (flower horn).