Holmenkollen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompatan ski Holmenkollen merupakan satu tanda tempat Oslo

Holmenkollen merupakan satu kawasan berbukit di pinggir ibu negara Norway, Oslo. Ia terkenal dengan sukan ski tahunan di mana pertandingan ski rentas desa, lompat, gabungan ski rentas desa dan lompat dan juga ski menembak. Di sinilah tempat sukan lompat ski yang tertua di dunia. Pertandingan sukan yang pertama diadakan pada tahun 1892 dan pada tahun 1952 Sukan Olimpik Musim Sejuk bertempat di sini. Holmenkollen menempatkan Kejohanan Sedunia Ski pada 1982 serta tahun 1999 dan 2000 dalam pertandingan ski menembak.

Terdapat rancangan untuk membongkar menara landasan ski lompat dan menggantikannya dengan yang baru kerana Oslo sudah terpilih untuk menghoskan Kejohanan Sedunia Ski pada tahun 2011.