Holodomor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Korban dari Holodomor di sebuah jalan di Kharkov (kini Kharkiv), 1932.
Korban kelaparan di jalan-jalan bandar Kharkov, 1933.

Holodomor (dalam bahasa Ukraine: Голодомор) ialah peristiwa tragedi kebuluran dan kematian beramai-ramai pada 1932-1933 di Ukraine. Hampir 7 juta mati kebuluran akibat kecuaian Kesatuan Soviet yang mengamalkan dasar Josef Stalin yang ingin momodenkan Kesatuan Soviet dengan cara apa sahaja sekalipun termasuklah kekerasan. Seramai 25,000 penduduk kampung meninggal dunia setiap hari atau pada kadar 1,000 orang sejam atau 17 orang seminit. Purata jangka hayat penduduk Ukraine pada 1933 ialah 7.3 tahun bagi lelaki dan 10.9 tahun bagi wanita, manakala dalam kalangan kanak-kanak, satu daripada setiap tiga orang, meninggal dunia.

Peristiwa ini ada kalanya dibandingan oleh puak nasionalis Ukraine dengan peristiwa Holokus yang dilakukan oleh Adolf Hitler terhadap kaum Yahudi di Jerman.


Sehingga kini, isu Holodomor masih didebatkan dan dibincang sama ada Holodomor itu genosid atau tidak oleh sejarahwan dan pakar.

Latar belakang dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Kebuluran sering berlaku sepanjang pemerintahan Empayar Rusia dan kemudian di RSPS Rusia pada 1920-an.


Pada 1930–1933, berlaku kebuluran di kawasan pengeluar bijirin utama Kesatuan Soviet, termasuk Ukraine dan bahagian lain di Rusia, termasuk Caucasus Utara, Wilayah Kuban, Wilayah Volga, Kazakhstan, Ural Selatan, dan Siberia Barat. Kebuluran ini bermula akibat daripada pelbagai faktor termasuklah peningkatan permintaan sumber makanan bagi menampung urbanisasi yang meningkat secara mendadak hasil daripada dasar perindustrian Kesatuan Soviet, kolektivitisasi secara paksa, pengeksportan hasil pertanian secara besar-besaran bagi mendapatkan modal untuk perindustrian, golongan "kulak" (petani yang dianggap kaya daripada petani biasa) yang kononnya sanggup sengaja membakar hasil pertanian dan ladang daripada dirampas rezim komunis dan lain-lain sebab.


Kes-kes kanibalisme juga meningkat secara mendadak terutamanya ketika kemuncak peristiwa Holdomor.

Ulang tahun ke-75 memperingati tragedi[sunting | sunting sumber]

Parlimen 19 buah negara memberi penghormatan terhadap mangsa Holodomor dan mengutuk dasar yang diamalkan rezim Josef Stalin. Parlimen Eropah yang mewakili 23 negara Kesatuan Eropah meluluskan resolusi mengutuk kekejaman Holodomor sebagai "suatu jenayah terhadap kemanusiaan". 13 negara lain memperakukan peristiwa itu sebagai tindakan pembunuhan terhadap rakyat Ukraine.

Pada 30 November 2008, Duta besar Ukraine ke Malaysia Oleksandr D. Shevchenko menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan tragedi kebuluran di Ukraine itu dalam buku teks sejarah Malaysia, kononnya untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang "peristiwa paling menyayat hati yang berlaku dalam sejarah manusia apabila hak asasi manusia dicabul dengan sewenang-wenangnya".[1]

Negara-negara yang mengakui Holodomor sebagai pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Peta negara-negara yang mengakui Holodomor sebagai pembunuhan.


Masyarakat antarabangsa telah secara berperingkat datang untuk mengambil posisi menguntungkan pengakuan dari Holodomor sebagai pembunuhan atau, lebih umum, sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

Dalam rangka organisasi antarabangsa, ada resolusi yang diterima pakai oleh Majlis Baltik [2][3], Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu [4][5], Majlis Parlimen Dewan Eropah [6], OSCE [7] [8][9][10], Parlimen Eropah [11] dan UNESCO [12][13][14].

Senarai negara-negara yang resolusi lulus atau undang-undang oleh parlimen mereka, ketua kerajaan atau ketua negara mengakui Holodomor sebagai pembunuhan:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ukraine Minta Malaysia Masukkan Tragedi Kebuluran Pada 1930-an Dalam Buku Teks Sejarah, Bernama
  2. ^ Statement: On Commemorating the Victims of Genocide and Political Repressions Committed in Ukraine in 1932 and 1933 Diarkibkan 2020-05-30 di Wayback Machine, 26th Session of the Baltic Assembly, 13th Baltic Council, 22–24 November 2007, Riga, Latvia
  3. ^ Baltic Assembly Adopts Statement "In Commemorating Victims of Genocide and Political Repression in Ukraine in 1932 to 1933" Diarkibkan 2011-08-07 di Wayback Machine, Ukrinform, 4 Disember, 2007
  4. ^ Element Letter dated 7 November 2003 from the Permanent Representative of Ukraine to the United Nations addressed to the Secretary-General[pautan mati kekal], Permanent Mission of Ukraine to the UN, 7 November, 2003
  5. ^ 30 U.N. member-states sign joint declaration on Great Famine Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine, The Ukrainian Weekly, 16 November, 2003, No. 46, Vol. LXXI
  6. ^ Commemorating the victims of the Great Famine (Holodomor) in the former USSR. Resolution 1723 (2010, Majlis Parlimen Dewan Eropah
  7. ^ Joint Statement "On 75th Anniversary of 1932-1933 Holodomor in Ukraine", Ministry for Foreign Affairs of Ukraine, 9 Disember, 2007
  8. ^ 25 OSCE Participant-Countries Adopt Joint Statement "On 75th Anniversary of 1932-1933 Holodomor in Ukraine"[pautan mati kekal], Ukrinform, 4 Disember, 2007
  9. ^ OSCE Parliamentary Assembly Passes Resolution on Holodomor, Kharkiv Human Rights Protection Group, 3 Julai, 2008
  10. ^ Resolution on Holodomor of 1932-1933 in Ukraine[pautan mati kekal], OSCE Parliamentary Assembly, OSCE, 3 Julai, 2008
  11. ^ 20081022IPR40408-20-10-2008-2008-false/default_en.htm Parliament recognises Ukrainian famine of 1930s as crime against humanity Diarkibkan 2012-11-06 di Wayback Machine, Parlimen Eropa, 20 Oktober, 2008
  12. ^ Remembrance of Victims of the Great Famine (Holodomor) in Ukraine, UNESCO
  13. ^ UNESCO Calls On Its Member-Countries To Honor Memories Of Victims Of 1932-1933 Famine In Ukraine Diarkibkan 2007-11-04 di Wayback Machine, 1 November, 2007, Ukrainian News Agency
  14. ^ Not too late. Three messages in UNESCO resolution commemorating Holodomor victims Diarkibkan 2007-11-09 di Wayback Machine, By Mykola Siruk, The Day, 6 November, 2007
  15. ^ Resolution of the House of Representatives of the United States of America (H.R. 356), U.S. Government Printing Office, 20 Oktober, 2003
  16. ^ Proclamation 5273 — Commemoration of the Great Famine in the Ukraine, 30 Oktober, 1984, The American Presidency Project
  17. ^ Proposta d’acord relativa al 75è aniversari de l’Holodomor de 1932-1933[pautan mati kekal], Consell General Principat d'Andorra, 26 November, 2009
  18. ^ Keputusan Senat Argentina (n.º1278/03), Cámara de Diputados de la Nación, 26 Jun, 2003
  19. ^ El proyecto de ley número 1278/03, Ukrainian World Congress
  20. ^ Senador Nacional Carlos Alberto Rossi Diarkibkan 2004-07-04 di Wayback Machine, Honorable Senado de la Nación
  21. ^ Argentinean Parliament approved resolution to commemorate 1932 to 1933 Holodomor victims in Ukraine[pautan mati kekal], Ukrinform, 28 Disember, 2007
  22. ^ Resolusi Senat Australia (n.º 680), Journals of the Senate N.º 114, Outubro 30, 2003
  23. ^ Australian Senate condemns Famine-Genocide Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine, The Ukrainian Weekly, 16 November, 2003, No. 46, Vol. LXXI
  24. ^ Proposição: REQ-124/2007 CDHM, Comissão de Direitos Humanos e Minorias (CDHM), Câmara dos Deputados do Brasil, 27 Ogos, 2007
  25. ^ Holocausto Ucraniano é lembrado no Congresso Nacional, Portal Fator Brasil, 22 September, 2007
  26. ^ Cámara pide reconocer hambruna en Ucrania en 1933, Cámara de Diputados del Chile, 14 November, 2007
  27. ^ Colombia Recognizes Holodomor Famine In Ukraine In 1932-1933 As Genocide Diarkibkan 2007-12-26 di Wayback Machine, Ukrainian News Agency, 24 Disember, 2007
  28. ^ Columbia declares Holodomor an act of genocide, Ukrainian Helsinki Human Rights Union, Disember, 2007
  29. ^ Aprueba resolución: Congreso se solidariza con pueblo ucraniano Diarkibkan 2007-11-02 di Wayback Machine, Congreso Nacional del Ecuador, 30 Oktober, 2007
  30. ^ Ecuador Recognized Holodomor in Ukraine! Diarkibkan 2008-03-04 di Wayback Machine, Media International Group, 31 Oktober, 2007
  31. ^ Parlimen Estonia, Ukrainian World Congress
  32. ^ The Statement of the President of the Republic, 7 Mac, 2005 Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine, Estonian Ministry of Foreign Affairs
  33. ^ Resolusi Parlimen Georgia, Parliament of Georgia, 20 Disember, 2005
  34. ^ Georgia recognizes Holodomor as genocide Diarkibkan 2006-02-03 di Wayback Machine, 3 Januari, 2006, 5tv
  35. ^ Georgian leader praises ties with Ukraine, upbeat on NATO - BBC Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine, 1 Mac, 2007, Ministry of Foreign Affairs of Georgia
  36. ^ Resolusi Perhimpunan Kebangsaan Hungary (n.º 129/2003), House of the Nation, November 24, 2003
  37. ^ Hungarian National Assembly Adopts A Resolution Recognizing The 1932-33 Great Ukrainian Famine As A Genocide, The Great Famine-Genocide in Soviet Ukraine (Holodomor), 28 November, 2003
  38. ^ Keputusan Majlis Timbalan Itali (n.º 7/0038), Camera dei Deputati, 3 Januari, 2004
  39. ^ Risoluzioni in Commissione, Atti Parlamentari - Camera dei Deputati, XIV Legislatura - Allegato B ai Resoconti - Seduta del 1.º Marzo 2004, 1 Mac, 2004
  40. ^ Keputusan Senat Kanada, Journals of the Senate No 72, 19 Jun, 2003
  41. ^ Canadian Senate adopts motion on Famine-Genocide Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine, by Peter Stieda, The Ukrainian Weekly, 29 Jun, 2003, No. 26, Vol. LXXI
  42. ^ Prime Minister Harper commemorates Ukrainian famine Diarkibkan 2012-01-19 di Wayback Machine, Office of the Prime Minister, 28 November, 2007
  43. ^ Pertemuan Bapa Suci dengan wakil Politik, Budaya, Sains dan Industri, Situs Takhta Suci, 23 Jun, 2001
  44. ^ Mesej Paus Yohanes Paulus II, Halaman dari Takhta Suci, 23 November, 2003
  45. ^ Keputusan Parlimen Latvia, 13 Mac, 2008, Ukrainian World Congress
  46. ^ Latvian Sejm adopted Declaration on Soviet Repressions in Ukraine in 1932-1933 and recognized Holodomor as genocide of Ukrainian people Diarkibkan 2011-09-27 di Wayback Machine, 13 Mac, 2008, The National Radio Company of Ukraine
  47. ^ Keputusan Parlimen Lithuania, Seimas of the Republic of Lithuania, 24 November, 2005
  48. ^ Lithuanian Seimas recognizes Ukraine’s Holodomor as genocide Diarkibkan 2006-05-16 di Wayback Machine, 24 November, 2005, 5tv
  49. ^ Speech by President of the Republic of Lithuania Valdas Adamkus - 62nd Session of the United Nations General Assembly, Office of the President of the Republic of Lithuania, 26 September, 2007
  50. ^ Notícias[pautan mati kekal], Kedutaan Besar Ukraine di Brazil, 26 Februari, 2008
  51. ^ Mexico mengakui kelaparan Ukraine Holodomor 1932-1933 sebagai bencana pembunuhan Diarkibkan 2011-12-08 di Wayback Machine, 22 Februari, 2008, NRCU
  52. ^ News - October 25, 2007, Ministry for Foreign Affairs of Ukraine, 25 Oktober, 2007
  53. ^ Solidaridad para con el pueblo ucraniano, Honorable Cámara de Senadores, 22 November, 2007
  54. ^ Gerak Kongres Peru, Ukrainian World Congress
  55. ^ Peru’s parliament passes Resolution acknowledging Holodomor as an act of genocide, Human Rights in Ukraine, 5 Julai, 2007
  56. ^ Keputusan Senat Poland (n.º 90 S) Diarkibkan 2008-10-28 di Wayback Machine, Senate of the Republic of Poland, 17 Mac, 2006
  57. ^ Polish Senate stands up for recognition of famine in Ukraine as genocide act[pautan mati kekal], Web-Portal of Ukrainian Government, 17 Mac, 2006
  58. ^ Keputusan Sejm Poland (n.º 1161), The Sejm of the Republic of Poland
  59. ^ Keputusan Sejm Poland (n.º 1161), The Sejm of the Republic of Poland
  60. ^ Polish parliament blames Soviet regime for Ukraine Great Famine Diarkibkan 2011-12-08 di Wayback Machine, UNIAN news agency, 7 Disember, 2006
  61. ^ Česká republika uznala ukrajinský hladomor z let 1932-1933 Diarkibkan 2008-03-27 di Wayback Machine, Vesti.cz, 30 November, 2007
  62. ^ Notícias Diarkibkan 2009-04-11 di Wayback Machine, Kedutaan Besar Ukraine di Brazil, 3 Disember, 2007
  63. ^ Proposal untuk resolusi Kongres Timbalan Sepanyol (n.º 161/002237), Boletín Oficial de las Cortes Generales, Serie D:General, Núm. 569, 15 Jun, 2007
  64. ^ Congreso honra víctimas de la gran hambruna ucraniana en su 75 aniversario, 30 mei, 2007, Terra Actualidad - EFE
  65. ^ NR SR: Prijali deklaráciu k hladomoru v bývalom Sovietskom zväze Diarkibkan 2009-02-19 di Wayback Machine, EpochMedia, 13 Disember, 2007
  66. ^ Slovak Parliament Recognizes Holodomor of 1932-1933 in Former USSR, Including in Ukraine, as "Extermination Act" Diarkibkan 2011-08-07 di Wayback Machine, Ukrinform, 13 Disember, 2007
  67. ^ P. U. Declares the 1932-1933 Famine "An Act of Genocide," and a "Deliberate Terrorist Act of the Stalinist Political System", The Great Famine-Genocide in Soviet Ukraine (Holodomor), 19 Mei, 2003
  68. ^ Verkhovna Rada passes Law declaring Holodomor genocide Diarkibkan 2010-07-06 di Wayback Machine, maidan.org.ua
  69. ^ Rada passes bill recognizing the Holodomor as genocide Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine, by Zenon Zawada, The Ukrainian Weekly, 3 Disember, 2006, No. 49, Vol. LXXIV
  70. ^ President proposes Holodomor bill, Official Website of the President of Ukraine, 23 Mac, 2007


Peta Jumlah negara yang secara rasmi mengakui Holodomor sebagai pembunuhan  Ukraine

 Amerika Syarikat,  Andorra,  Argentina,  Australia,  Azerbaijan,  Belgium, Brazil, Chile,  Colombia,  Ecuador,  Estonia,  Georgia (negara),  Hungary,  Itali,  Kanada,  Latvia,  Lithuania,  Kota Vatikan,  Mexico,  Moldova,  Paraguay,  Peru,  Poland,  Republik Czech,  Sepanyol,  Slovakia,  Ukraine