Homeopati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Homeopati adalah rawatan alternatif yang dicipta oleh Samuel Hahnemann pada abad ke-18. Teori dasar di balik homeopati adalah bahawa orang sakit boleh disembuhkan dengan menggunakan kesan pantulan bahan yang menghasilkan gejala sakit pada orang sihat. Homeopati disediakan dengan menambah banyak air dalam suatu substansi, memukulnya, lalu mengambil sedikit air, menambah ke air yang banyak, memukulnya, dan proses ini diulang-ulang hingga 200 kali dalam beberapa rawatan. Hahnmemann mengatakan ini akan mengeluarkan "kekuatan penyembuh yang ada pada ubat".

Orang-orang skeptik meragukan rawatan ini. Mereka mendaku bahawa orang merasa lebih baik selepas diterapi homeopati kerana mereka merasa akan sembuh, suatu keadaan yang dikenali dengan istilah "kesan plasebo."Banyak saintis juga tidak percaya dengan homeopati kerana bertentangan dengan ilmu fizik dan kimia.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Istilah asalnya berpunca daripada dua perkataan, iaitu “homoios” dan “pathos.” Homoios bermakna ‘serupa’ atau ‘seumpama’. Sementara pathos membawa maksud ‘penderitaan’, ‘perasaan’ atau ‘penyakit’. Secara mudah, homoeopati bermaksud cara atau kaedah “merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa.”

Yang dimaksudkan dengan ‘yang serupa’ ialah merujuk kepada semboyan-semboyan atau simptoms. Iaitu, sekiranya seseorang itu mengalami semboyan-semboyan penyakit seperti loya dan muntah, maka ia akan dirawat secara homoeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan semboyan-semboyan loya dan muntah yang serupa.

Dari segi sejarah, konsep dan undang-undang fundamental homoeopati ini telah bermula sejak zaman Hippocrates, iaitu pakar perubatan Greek yang hidup pada kurun ke 5 sebelum Masehi. Hippocrates pernah menulis: “By similar things a disease is produced and through the application of the like, it is cured.”[1]

Ertinya, menerusi benda yang serupa sesuatu penyakit itu terjadi dan menerusi aplikasi yang serupa ianya disembuhkan. Konsep dan undang-undang fitrah tersebut juga diketahui oleh Paracelsus, iaitu ahli perubatan German abad ke 16 Masehi. Namun Dr. Samuel Hahnemannlah orang yang pertama yang mengasaskan konsep ini menjadi suatu sistem perubatan yang saintifik dan sebagai alternatif kepada sistem ortodoks. Lantas beliau menamakan sistem perubatan itu sebagai “homoeopathy.”

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mohamed Hatta Abu Bakar. 1997. Perubatan homoeopati. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.