Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
Kampung Taman Sedia yang terletak di sebuah lembah di antara pekan Tanah Rata dan Brinchang telah dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1970-an. Kampung ini ditubuhkan atas ilham Allahyarham Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau mengilhamkan sebuah kampung berbentuk seakan-akan Felda bagi penduduk Melayu di Tanah Tinggi Cameron yang rata-rata bekerja dalam sektor kerajaan memiliki rumah dan sedikit tanah bagi menjalankan kegiatan pertanian.
Isi kandungan |
[sunting] Latar Belakang
Kawasan kampung ini merupakan kawasan lembah yang disaliri Sungai Bertam pada pinggirnya mula diterokai pada akhir tahun 1960-an oleh penduduk-penduduk Melayu yang menyertai skim pembangunan kampung tersebut. Mereka akan datang pada waktu petang yakni selepas berkerja bagi membersihkan pokok-pokok serta semak-samun. Apabila kawasannya telah siap maka telah dijalankan pengundian bagi memberi tapak tanah kepada peneroka. Rumah-rumah kampung tersebut telah dibina oleh Perbadanan Kemajuan Luar Bandar Negeri Pahang. Penduduk mula berpindah dan menjalankan aktiviti pertanian dengan menanam sayur-sayuran hawa dingin seperti Kobis, Tomato dan Kacang Buncis. Kebanyakkan penduduk di Kampung Taman Sedia berasal dari negeri Perak dan lain-lain negeri, hanya segerlintir sahaja yang benar-benar berasal dari Cameron Highlands
[sunting] Lagenda Kampung Taman Sedia
Nama "Taman Sedia" diperolehi daripada keadaan asal tempat kampung tersebut sebelum diterokai. Menurut penduduk asal Camaron Highlands, kawasan tersebut penun dengan bunga-bungaan liar yang cantik dan dipercayai merupakan tempat taman permainan puteri bunian. Maka, dengan kerana itulah kampung ini dinamakan Kampung Taman Sedia yakni "Taman yang telah sedia ada".
[sunting] Antara Peneroka Awal Kampung Taman Sedia
- Almarhum Tuan Hj. Malik Fakir Mohemed Malik Juddah PPN., PJK., GSM.(MALAYA) British Empire
- Allahyarham Tuan Haji Mazlan PJK.
- Allahyarham Encik Jalalludin
- Allahyarham Encik Odin
- Encik Haji Zainal Abidin PJK,.
- Encik Ismail (Bekas Ketua Polis Daerah Cameron Highlands)
- Encik Idris (Bekas Penghulu Cameron Highlands)
- Encik Bashir Ali
- Encik Satar
- Encik Aznun
- Encik Rafles
[sunting] Homestay
Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengiktiraf 20 buah rumah di kampung ini bagi menyediakan perkhidmatan "Homestay" kepada para pelancong yang berkunjung ke Cameron Highlands. Setiap rumah menyediakan bilik yang mempunyai kemudahan asas yang mencukupi serta selesa dengan situasi perkampungan Melayu tradisional. Menarik serta berbeza Homestay Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands daripada homestay lain ialah suasana nyaman dikelilingi bukit-bukau menyerupai perkampungan Inggeris di England.
[sunting] Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW)
Ditubuhkan pada 24 April 1998, yang dianggotai oleh wanita-wanita emas Kampung Taman Sedia. Kumpulan ini menlibatkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan seperti Homestay dan produk hiliran pertanian seperti Jem, Jus, Sos dan Jeruk buah. Kumpulan ini telah memenangi Anugerah Kumpulan Wanita Jaya pada tahun 2002 kerana prestasi jualan yang mencecah RM 3,769,863.00. Kumpulan ini kekal aktif sehingga hari ini.
[sunting] Produk Kampung
[sunting] Sayur-sayuran
- Pudina
- Kobis
- Kawkiee
- Sawi Bunga
- Kacang Buncis
- Tomato
- Kobis Bunga
- Lobak Merah
- Lobak Putih
[sunting] Buah-buahan
- Strawberi
- Tamarillo / Tree Tomato
- Raspberry
- Anggur
- Peach
[sunting] Produk Sampingan
- Makanan Sejuk Beku
- Potpuri
- Kraftangan