Homofon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Homofon (bahasa Inggeris: Homophone) merujuk kepada perkataan yang disebut sama dengan perkataan lain tetapi berbeza dari segi maksud. Perkataan-perkataan yang homofon mungkin dieja dengan serupa atau berbeza; "buku" (bahan bacaan) dan "buku" (bahagian di antara dua ruas); "massa" (dalam perkataan media massa) dan "masa" (waktu), atau "golongan" (kumpulan) dan "gulungan" (benda yang dilipat hingga berbentuk bulat panjang). Perkataan-perkataan ini adalah serupa dari segi sebutan tetapi mempunyai maksud yang berbeza, atau merujuk kepada perkara yang tidak sama. Homofon merupakan sejenis homonim, meskipun kadang-kala homonim digunakan untuk merujuk hanya kepada homofon yang mempunyai ejaan yang sama tetapi maksud yang berlainan. Istilah ini juga digunakan untuk unit-unit yang lebih singkat daripada perkataan, seperti huruf atau beberapa huruf yang disebut sama dengan huruf lain atau kumpulan huruf yang lain.

Homofon adalah istilah yang berlawanan dengan homograf.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]