Homonim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Homonim dalam bidang linguistik ialah sekumpulan perkataan yang berkongsi ejaan serta sebutan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza, biasanya kerana perkataan-perkataan itu tidak berasal daripada punca yang sama. Salah satu contoh homonim ialah abu (debu, ayah, abu-abu). Keadaan bersifat honomim digelar homonimi.

Perkataan "homonym" merupakan kata gabungan yang terdiri daripada awalan Greek, homo- (ὁμο-), yang bermakna "sama", dan akhiran -ṓnymos (-ώνυμος), yang membawa pengertian "nama". Justera, ia merujuk kepada dua or lebih konsep berasingan yang berkongsi "nama yang sama" (penanda). Istilah ini agak kabur kerana terdapat sebilangan cara yang dua makna boleh berkongsi "nama yang sama". Oleh itu, ia digunakan dengan cara yang berbeza oleh penutur yang berlainan. Khususnya, sesetengah sumber hanya memerlukan homonim berkongsi ejaan yang sama atau sebutan yang sama (selain daripada mempunyai makna yang berbeza), walaupun ini masing-masing merupakan takrif untuk homograf dan homofon, menurut sesetengah sumber yang lain. Sesetengah sumber menyatakan bahawa makna-makna homonim harus mempunyai asal yang tidak berkait (bukan hanya berbeza). Oleh itu, kanan (penting, utama) dan kanan (lawan kiri) bersifat polisem dan bukannya homonim. Terdapat juga percanggahan tentang takrif sesetengah istilah yang berkait.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]