Honda CBR150R

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Honda CBR150R
Motosikal Honda CBR150R di Pulau Pinang, Malaysia
Pengeluar Honda
Pengeluaran 2002-sekarang
Pendahulu Honda NSR 150
Kelas Motosikal sport
Enjin 150cc DOHC 4 injap 4 lejang sejukan air
Kuasa 18.98 PS @ 10,500 rpm
Tork 1.37 kgf-m @ 8,500 rpm
Transmisi 6 kelajuan
Suspensi Depan: Gantungan teleskopik
Belakang: Lengan ayun dengan sistem monoshock
Brek Cakera (depan dan belakang
Muatan bahan api 10.0 l
Berkaitan Honda CBR125R

Honda CBR150R merupakan sebuah motosikal sport 4 lejang 150cc yang merupakan sebahagian daripada keluarga Siri Honda CBR keluaran APHonda. APHonda adalah syarikat bersekutu Honda milik Thailand, ditubuhkan pada tahun 1986. Dibina sebagai pengganti kepada motosikal Honda NSR 150 2 lejang, motosikal CBR150R di sasarkan terutamanya kepada pasaran Asia Tenggara. Ia dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Disember 2007 dengan dua pilihan warna iaitu merah dan biru. Sebelum ini, motosikal tersebut hanya dikeluarkan untuk pasaran Thailand dan Singapura.

Honda CBR150R ini telah pun dihentikan kemasukannya ke Malaysia pada hujung tahun 2009. Walau bagaimanapun, atas permintaan yang secara tiba-tiba meningkat, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memasarkan semula model yang sama dan ia masih belum lagi dihentikan pasarannya.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

  • Enjin DOHC 4 injap 150 cc sejukan air dengan aci pengimbang.
  • Transmisi manual 6 kelajuan.
  • Brek cakera depan dan belakang.
  • Penutup slot kekunci bagi perlindungan daripada kecurian (bermula keluaran 2007).
  • Penyerap hentakan belakang monoshock.
  • Sistem Bekalan Udara Sekunder (SASS) yang menyuntik udara tambahan ke sistem ekzos bagi keluaran ekzos yang lebih bersih.
  • Penukar bermangkin

Papan pemuka[sunting | sunting sumber]

Motosikal ini menggunakan panel kawalan analog yang mengandungi tolok bahan api, meter laju, takometer, tolok suhu bendalir penyejuk serta lampu-lampu isyarat membelok, bim tinggi dan penanda kedudukan gear.

Pandangan papan pemuka CBR150R

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Tunas motosikal Rencana berkaitan motosikal, skuter dan moped ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.