Honda Civic (generasi kelapan)
| Pengilang | Honda |
|---|---|
| Pengeluaran | 2005-2011 |
| Tahun model | 2006-2011 |
| Pemasangan | Swindon, England Suzuka, Jepun East Liberty, Ohio, AS Greensburg, Indiana, AS Alliston, Ontario, Kanada Lahore, Pakistan Pingtung, Taiwan Gebze, Turki Sumaré, Brazil Greater Noida, Uttar Pradesh, India Ayutthaya, Thailand Alor Gajah, Malaysia Vinh Phuc, Vietnam Santa Rosa, Laguna, Filipina |
| Pendahulu | Honda Civic (generasi ketujuh) |
| Pengganti | Honda Civic (generasi kesembilan) |
| Kelas | Kereta padat |
| Stail badan | Coupe 2 pintu (FG1/FG2) Hatchback 3 pintu (FN1/FN2/FN3) Sedan 4 pintu (FA1/FA3/FA4/FA5/FD1/FD2/FD3/FD4) Hatchback 5 pintu (FK1/FK2/FK3) |
| Reka letak | FF |
| Enjin | Enjin 1.3 L LDA-MF5 I4, IMA (Hibrid) 1.4 L L13A7 I4 (pasaran Eropah sahaja) 1.6 L R16A1 I4 1.8 L R18A1 I4 2.0 L K20Z3 I4 2.0 L K20Z2 I4 2.2 L N22A2 I4 turbodiesel 2.4 L K24Z5 I4 185HP |
| Penghantaran | Transmisi automatik 5 kelajuan Manual 5 kelajuan Manual 6 kelajuan CVT |
| Jarak roda | 104.3 in (264 cm) (coupe) 106.3 in (270 cm) (sedan) 103.7 in (263.5 cm) (hatchback) |
| Panjang | 174.8 in (441 cm) (2006-08 coupe) 175.5 in (4458 mm) (2009- coupe) 176.7 in (447 cm) (sedan) 167.3 in (425 cm) (2006-08 hatchback) 177.3 in (4503 mm) (2009- sedan) 4,276 mm (168.3 in) (2009- 3-door) 4,245 mm (167.1 in) (2009- 5-door) |
| Lebar | 68.9 in (172 cm) (coupe) 69.0 in (175 cm) (sedan) 69.3 in (176 cm) (2006-08 hatchback) 2,046 mm (80.6 in) (2009- hatchback) |
| Tinggi | 53.5 in (134 cm) (2006-08 coupe) 55.0 in (2009-10 coupe) 56.5 in (142 cm) (sedan) 57.5 in (146 cm) (2006-08 hatchback) 1,460 mm (57.5 in) (2009- hatchback) |
| Berat Curb | 2600 lb (1179 kg) (FG DX coupe) |
| Muatan | 50 L (13.2 gelen AS) |
| Berkait | Honda Element Acura RSX Honda Integra Acura CSX Honda CR-V |
-
Lihat juga: Honda Civic Hybrid
Honda Civic generasi kelapan diperkenalkan pada tahun 2005. Ciri utama generasi ini termasuklah bentuk badan yang futuristik, serta panel meter "dwilapis". Di kebanyakan negara seperti di AS, UK, Jepun dan Malaysia, kesemua model (termasuk model asas) dilengkapi dengan tingkap kuasa, sistem brek cegah kunci (ABS), dan beg udara. Tambahan pula, model 2006 sudah memperoleh pensijilan ULEV-2 (Kenderaan Emisi Lampau Rendah) serta dilengkapi enjin 1.8 liter (bagi model asas) yang lebih berkuasa daripada generasi sebelumnye sambil mengekalkan kadar penggunaan bahan api yang lebih kurang sama.
Di pasaran Malaysia, Civic generasi kelapan ini didatangkan dalam varian 1.8 liter, 2.0 liter dan hibrid 1.3 liter. Pada tahun 2010, varian pertengahan 1.8 S-L turut ditambah bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan ciri-ciri utama terpilih pada varian 2.0S tetapi hanya sekadar mahu memilih kuasa enjin 1.8 liter yang lebih menjimatkan. Model Asia Civic 2.0 dijual di Kanada sebagai Acura CSX serta menggunakan enjin 155 hp K20Z2 yang sama.
Isi kandungan |
Asia (kecuali China), Australia, Afrika Selatan dan Rusia [sunting]
-
Lihat juga: Acura CSX
Di pasaran Asia, Pakistan, Rusia, Afrika Selatan dan Timur Tengah, Civic baharu ini mempunyai penstailan yang berbeza dengan versi Amerika walaupun berkongsi pelantar yang sama. Sementara garis lengkuk merentasi bahagian hadapan dikekalkan, lampu kepala terbenam sedikit daripada lengkuk utama untuk penampilan lebih sporty. Bampar hadapan juga mempunyai lebih salur udara dengan sudut yang lebih curam serta bucu yang lebih tajam daripada Civic AS. Sementara itu, lampu belakangnya lebih menyerupai Honda Integra, dengan lampu brek utama yang bulat terbenam sedikit ke lampu isyarat membelok. Jika dibandingkan, lampu belakang Civic AS lebih menyerupai lampu Audi A4. Bahagian dalaman Civic Asia adalah sama seperti Civic AS serta berkongsi stereng tiga jejari yang sama.
Pilihan enjin termasuklan enjin 1.8 liter SOHC i-VTEC yang menghasilkan 140 bhp (104 kW; 142 PS) pada 6300 rpm dan enjin 2.0 liter DOHC i-VTEC(K20Z2) yang menghasilkan 155 bhp (116 kW; 157 PS) pada 6200 rpm, kedua-duanya digandingkan sama ada dengan transmisi manual 5 kelajuan ataupun transmisi automatik 5 kelajuan (dengan paddle shift pada model 2.0L) dengan sistem pendikit pacu dengan wayar. Terdapat juga varian enjin 1.6 liter khusus untuk pasaran Singapura sahaja untuk membolehkannya memperoleh Sijil Kelayakan Kenderaan (COE) Kategori A yang lebih murah, sementara mengekalkan piawaian yang lebih tinggi daripada varian 1.3 L. Ia menggunakan enjin SOHC i-VTEC 1.6L yang menghasilkan 123 bhp (92 kW; 125 PS) pada 6500 rpm. Untuk versi kereta hibrid, ia menggunakan enjin 1.3 liter SOHC i-VTEC dengan IMA (Bantuan Motor Bersepadu).
Eropah [sunting]
Civic Eropah (casis FK/FN) ditawarkan sebagai hatchback 3 atau 5 pintu serta dikeluarkan di Swindon, UK. Ia mempunyai penampilan serta sistem gantungan yang berbeza daripada Civic Asia dan Amerika. Direkabentuk oleh Toshiyuki Okumoto[1], reka bentuk bahagian luaran model Eropah adalah yang paling agresif; lengkuk hadapan dikekalkan serta penutup perspeks yang menyerupai kluster lampu menggantikan gril hadapan. Lampu belakang direka dengan gaya yang sama. Lampu kabus hadapan serta liang ekzos belakang berkembar adalah berbentuk segitiga. Bagi model 5 pintu, pembuka pintu belakangnya terletak di bucu tingkap belakang bagi mencipta ilusi seakan model coupe 2 pintu.
Dari segi mekanikal, Civic Eropah berbeza daripada versi Asia dan Amerika kerana ia menggunakan sistem gantungan belakang jenis bim kilasan berbanding sistem double-wishbone pada versi Asia dan Amerika. Sistem gantungan yang lebih padat ini membolehkan Civic Eropah mengekalkan ruangan dalaman yang luas sementara mengurangkan panjang keseluruhannya berbanding pendahulunya. Pilihan enjin termasuklah 1.4 liter i-DSI, 1.6 litre i-VTEC R16A2 (Turki sahaja), 1.8 liter i-VTEC(R18A2) serta 2.2 liter i-CTDi N22A2 turbodiesel. Transmisi manual 6 kelajuan boleh didapati untuk semua pilihan enjin. Versi transmisi separa automatik, dikenali sebagai i-SHIFT boleh didapati untuk model 1.4 dan 1.8 liter. Versi Type R 2.0 liter i-VTEC (K20Z4) petrol berprestasi tinggi juga boleh didapati.
Di dalam, Civic Eropah mempunyai panel meter "dwilapis" yang sama seperti Civic Amerika dan Asia. Namun demikian, Civic Eropah menggunakan liang pendingin udara serta suis berbentuk bulat. Terdapat juga butang penghidup yang menyerupai Honda S2000. Brek tangan diletakkan di kedudukan konvensional iaitu di belakang tombol gear. Varian tertinggi EX turut menampilkan sistem navigasi DVD, serta membolehkan sistem hiburan, navigasi serta telefon bebas tangan dikawal menggunakan perintah suara.
Amerika Utara dan Tanah Besar China [sunting]
Civic Amerika menampilkan panel meter "dwilapis" yang sama seperti versi Asia. Meter laju digital, suhu bendalir penyejuk serta tolok bahan api dipaparkan di bahagian atas manakala bahagian bawah mempamerkan takometer. Honda Civic Hybrid turut menampilkan penunjuk Bantu dan Cas IMA pada paparan bawah.
Civic Si pasaran Amerika Utara ialah varian khas untuk menawarkan pengalaman yang lebih sporty daripada Civic biasa. Ia menawarkan enjin yang lebih berkuasa, transmisi manual 6 kelajuan, tempat duduk sport, serta penstailan berbeza. Enjin yang digunakan adalah varian enjin Honda K 2.0 liter, DOHC empat silinder dengan sistem pemasaan injap boleh laras i-VTEC Honda. Ia menghasilkan 197 hp (197 PS/147 kW), 57 hp lebih tinggi daripada Civic DX/LX/EX.[2] Sistem bunyi A 350 Watt, 7 pembesar suara, termasuk subwoofer, turut disertakan bersama-sama gear pembeza gelinciran terhad helikal, kotak gear 6 kelajuan bernisbah rapat, brek yang dinaik taraf, roda aloi 17" dengan tayar musim panas pilihan Michelin, stereng dan tombol gear bersalut kulit, injak perlumbaan aluminium, serta sayap belakang dengan panel meter dengan cahaya latar merah.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Your Granny wouldn't like it". Autocar. 2005-03-14. http://www.autocar.co.uk/News/NewsArticle/AllCars/213998/.
- ↑ "2008 Honda Civic Review and Specs". JB car pages. http://www.jbcarpages.com/honda/civic/2008/.