Honda Civic Hybrid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Honda Civic Hybrid
2007 Honda Civic Hybrid
Pengilang Honda
Pengeluaran 2001–sekarang
Pemasangan Suzuka, Mie, Jepun
Kelas Kereta padat
Stail badan Sedan 4 pintu
Reka letak FF
Berkait Honda Civic
Rencana utama: Honda Civic

Honda Civic Hybrid merupakan versi kereta hibrid bagi Honda Civic, mula diperkenalkan di Jepun pada akhir 2001. Ia didatangkan sama ada dengan transmisi boleh laras berterusan atau (sehingga 2005) transmisi manual 5 kelajuan. Ia menggunakan sistem hibrid Bantuan Motor Bersepadu yang serupa dengan Honda Insight.

Civic Hybrid mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2003 serta menjadi satu-satunya kereta hibrid yang dijual di Malaysia sehinggalah model-model hibrid lain seperti Toyota Prius dan Honda Insight turut dibawa masuk. Generasi pertama Civic Hybrid adalah berasaskan Civic generasi ketujuh manakala generasi kedua pula berasaskan Civic generasi kelapan. Civic Hybrid dinobatkan sebagai kereta hibrid kedua terlaris di Amerika Syarikat.[1] Setakat penghujung Januari 2009, jumlah jualah Civic Hybrid sudah melebihi 255,000.[2]

Isi kandungan


[sunting] Generasi pertama (2001–2005)

Generasi pertama
2003 Honda Civic Hybrid (AS)
Pengeluaran 2001–2005
Model year(s) 2003–2005 (A.S.)
Enjin 1.3 L Siri LDA I4 SOHC
Penghantaran Manual 5 kelajuan
CVT
Jarak roda 103.1 in (2619 mm)
Panjang 2003: 174.6 in (4435 mm)
2004-05: 175.4 in (4455 mm)
Lebar 67.5 in (1715 mm)
Tinggi 2003: 56.7 in (1440 mm)
2004-05: 56.3 in (1430 mm)
Berkait Honda Civic
2004-2005 Honda Civic Hybrid (AS)

Civic Hybrid, berasaskan Civic generasi ketujuh, mula diperkenalkan di pasaran Jepun pada Disember 2001. Honda mendakwa kereta tersebut sebagai kereta pengeluaran petrol 5 tempat duduk paling jimat minyak di dunia pada masa pengeluarannya.[3] Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2003 serta merupakan satu-satunya kereta hibrid yang dijual di Malaysia pada masa tersebut.

Ia merupakan model aliran perdana Honda pertama yang dikengkapi sistem hibrid petrol-elektrik serta merupakan model hibrid kedua syarikat selepas Insight. Model dengan transmisi manual mencatatkan penggunaan bahan api 46 bsg bandar raya / 51 bsg lebuh raya mengikut kiraan EPA,[4] lebih kurang sama dengan penggunaan bahan api gabungan bagi Toyota Prius, menjadikannya kereta sedan lima tempat duduk paling jimat minyak di Amerika Utara pada masa tersebut.[5]

Berikut merupakan senarai ciri-ciri teknikalnya:

  • Dua biji palam pencucuh membakar campuran udara-bahan api nipis melalui kebuk pembakaran dua injap sesilinder.
  • Enjin pembakaran dalaman 1.3 liter SOHC i-DSI pembakaran nipis dengan Sistem Pemotongan Silinder VTEC, yang membolehkan tiga silinder dimatikan semasa nyahpecutan. Enjin tersebut menghasilkan 85 hp pada 5,700 rpm dan 87 kaki-paun kilasan pada 3300 rpm.
  • Menampilkan hentian melahu. Semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat, enjin dimatikan secara automatik, kemudian dihidupkan semula serta-merta semasa pemandu memijak injak pendikit, menyumbang kepada penjimatan bahan api dan pelepasan asap lebih baik.
  • Motor elektrik bantuan jenis magnet kekal tanpa berus 10 kW (13 hp), yang turut berfungsi sebagai penjana elektrik untuk mengecas bateri semasa nyahpecutan (pembrekan jana semula).
  • Keluaran gabungan bagi kedua-dua enjin dan motor elektrik ialah 93 hp pada 5,700 rpm. Kilasan maksimum dicatatkan sebanyak 116 kaki-paun pada 1,500 rpm bagi model transmisi manual dan 105 kaki-paun pada 3,000 bagi model CVT.
  • Bateri NiMH 144 V dengan kapasiti 6.0 A•h.
  • Stereng kuasa elektrik.

Motor elektrik diselitkan antara enjin petrol dan transmisi, menghasilkan sehingga 13 kuasa kuda. Motor tersebut juga bertindak sebagai penjana elektrik untuk mengecas bateri nikel-logam hidrida yang terletak antara kerusi belakang dan but belakang, serta sebagai motor penghidup elektrik.Motor yang digunakan pada Civic Hybrid lebih tebal sedikit daripada motor Insight. Ia menghasilkan lebih kilasan daripada motor Insight. Tenaga elektrik disimpan dalam bateri yang terdiri daripada 120 biji bateri Ni-MH 1.2 volt saiz D yang disambung sesiri. Bateri tersebut ditempatkan bersama-sama pengawal elektrik dalam satu pakej yang dipanggil Unit Kuasa Pintar (IPU). Unit tersebut lebih ringan dan lebih kecil daripada IPU Insight.

Dua biji palam pencucuh dalam setiap silinder membakar secara serentak atau mengikut turutan untuk membakar campuran udara-bahan api nipis dengan lebih cekap. Enjin tersebut boleh beroperasi pada nisbah udara-bahan api sehingga 22:1. Sistem melahu silinder VTEC menutup injap-injap pada tiga daripada empat silinder semasa nyahpecutan, mengurangkan kehilangan kuasa sebanyak 50 peratus serta membolehkan IMA menyerap lebih tenaga elektrik semasa membrek. Lengan jumpelang yang menggerakkan injap masukan dan ekzos mempunyai dua mod: aktif dan melahu. Semasa nyahpecutan, omboh segerak melepaskan lengan jumpelang supaya injap tertutup ketat. Ciri hentian melahu mematikan enjin semasa berhenti, kemudian menghidupkannya semula sebaik sahaja pemandu memijak injak pendikit. Sistem hentian melahu ini menyumbang kepada kecekapan bahan api dan pelepasan asap yang lebih baik.

Dengan bantuan motor elektrik, kilasan gabungan pada kelajuan enjin di bawah 3,700 rpm adalah lebih tinggi daripada enjin 1.7L Civic bukan hibrid.

[sunting] Generasi kedua (2006–2011)

Generasi kedua
2006-2008 Honda Civic Hybrid (AS)
Pengeluaran 2005–2011
Model year(s) 2006–2011
Enjin Petrol: 1.3 L Siri LDA I4 SOHC
Elektrik: 156 volt 15 kW
Penghantaran CVT
Jarak roda 106.3 in (2700 mm)
Panjang 2006-08: 176.7 in (4488 mm)(USDM)
2006-08: 4,540 mm (178.7 in)(JDM)
2009: 177.3 in (4503 mm)
Lebar 69.0 in (1753 mm)
Tinggi 56.3 in (1430 mm)
Berat Curb 2,877 lb (1,305 kg)(USDM)
1,260 kg (2,778 lb)(JDM)
Muatan 12.4  gelen AS / 47 liter
Berkait Honda Civic

Generasi kedua Civic Hybrid adalah berasaskan Civic generasi kelapan. Sistem aliran kuasa generasi kedua Civic Hybrid adalah sama seperti generasi pertama tetapi diperbaharui seperti berikut:

  • Dikemaskini kepada sistem Bantuan Motor Bersepadu (IMA) generasi keempat
  • Motor elektrik 20 hp yang lebih berkuasa.
  • Bateri nikel-logam hidrida 158.4 V (132 x 1.2 V) dengan kapasiti 5.5 A•h yang 12% lebih kecil.
  • Dinaik taraf ke sistem enjin i-VTEC 3 Peringkat dan VCM (Pengurusan Silinder Boleh Laras), yang membolehkan keempat-empat silinder dimatikan semasa meluncur pada kelajuan sederhana untuk membolehkannya bergerak menggunakan kuasa elektrik sahaja. Keluaran enjin meningkat kepada 95 hp (70 kW) pada 6,000 rpm dan kilasan maksimum pula ialah 123 N-m pada 4,600 rpm.
  • Keluaran gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik ialah 115 hp pada 6,000 rpm. Kilasan maksimum pula ialah 123 kaki-paun pada 2,500 rpm
  • Pemampat hibrid untuk sistem pendingin udara.
2009-2011 Honda Civic Hybrid (AS)

Dengan menggunakan magnet berprestasi tinggi serta lilitan berketumpatan tinggi, Honda berupaya meningkatkan kuasa motor elektrik sebanyak 50% kepada 20 hp pada 2,000 rpm berbanding generasi pertama. Keluaran bateri ditingkatkan sebanyak 30 peratus kepada 158.4 V. Keluaran kuasa motor elektrik yang lebih tinggi membolehkan kereta bergerak menggunakan tenaga elektrik sahaja, pada kelajuan sehingga 32 km/j jika meluncur pada permukaan rata.

Motor elektrik dalaman turut ditambah pada pemampat bagi sistem pendingin udara, membolehkan pemampat digerakkan oleh kuasa enjin, motor elektrik, atau kedua-duanya sekali.

Sistem injap i-VTEC 3 peringkat mempunyai mod melahu, rpm rendah dan rpm tinggi. Profil rpm tinggi membantu meningkatkan kuasa enjin sebanyak 9 peratus. Semasa nyahpecutan. enjin dimatikan. Tiada pembakaran berlaku dalam keempat-empat silinder dan silinder ditutup rapat, mengurangkan kehilangan pengepaman oleh enjin. Hasilnya, kadar pemulihan tenaga yang dibazirkan semasa membrek meningkat sebanyak 10 peratus.


[sunting] Generasi ketiga (2011-)

Civic Hybrid generasi ketiga bakal menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC yang lebih besar serta bateri litium-ion, serta dijangka mencatatkan penggunaan bahan api gabungan purata sebanyak 5.2 L/100 km.[6] Ia bakal dilancarkan pada musim bunga 2011 di Amerika Syarikat dan Kanada.

Ia didatangkan dengan pembaharuan aerodinamik yang lebih baik serta teknologi Honda ECO Assist.[7] Teknologi ECO Assist merupakan sistem maklumat bagi membantu pemandu mengguna pakai gaya pemanduan yang lebih menjimatkan minyak[8], serta telah terbukti menambah baik penjimatan bahan api sebanyak 10% bagi kenderaan hibrid Honda di Jepun.[9]

[sunting] Jualan

Jualan Terkumpul Mengikut Kawasan (setakat penghujung Januari 2009)[10]
Kawasan Mula dijual Jualan terkumpul
Jepun Dis 2001 22,899
Amerika Utara Mac 2002 191,493
Eropah Mei 2003 34,757
Asia/Oceania Feb 2004 5,514
China Nov 2007 280
Lain-lain Mei 2006 306
Jumlah   255,249

[sunting] Rujukan

  1. "Alternative Fuel Vehicles (AFVs) and Hybrid Electric Vehicles (HEVs)". U.S. Dept of Energy-Alternative Fuels and Advanced Vehicles Data Center. http://www.afdc.energy.gov/afdc/data/vehicles.html. Capaian 2010-08-01.  Click and open the Excel file for the detail by year for each hybrid model (Sales 1999-2009)
  2. Honda Motor Co. (2009-02-18). Honda Reaches 300,000 Units in Cumulative Global Sales of Hybrid Vehicles. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2010-01-14.
  3. Honda Announces the New Civic Hybrid Sedan --- The World's Most Fuel-Efficient 5-Seater Production Gasoline Vehicle
  4. EPA fuel estimate 2003 Civic hybrid
  5. 2002 Honda Civic Overview
  6. Alan Ohnsman. "Honda Plans 41-MPG Civic HF to Regain Small Car Efficiency Lead", Bloomberg, 2011-02-17. 
  7. "New 2012 Honda Civic lineup boosts fuel economy in all models; Hybrid and HF offer 40+ mpg". Green Car Congress. 2011-02-18. http://www.greencarcongress.com/2011/02/honda-20110218.html#more. 
  8. "Honda Civic Si Concept coupe and Civic Concept sedan debut at NAIAS; hybrid and natural gas variants". Green Car Congress. 2011-01-12. http://www.greencarcongress.com/2011/01/civic-20110112.html. 
  9. "Honda Study Finds Insight’s Eco Assist System Results in Average 10% Improvement in Fuel Economy After 300 Drives, Up to 20% Max". Green Car Congress. 2010-02-12. http://www.greencarcongress.com/2010/02/honda-study-finds-insights-eco-assist-system-results-in-average-10-improvement-in-fuel-economy-after.html. 
  10. Honda Motor Co. Ltd (2009-02-18). Honda Reaches 300,000 Units in Cumulative Global Sales of Hybrid Vehicles. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2010-08-02.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain