Honda Insight

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Honda Insight
2010 Honda Insight LX (AS)
Pengilang Honda
Pengeluaran 1999–2006
2008–sekarang
Tahun model 2000–2006
2010–
Pemasangan Suzuka, Mie, Jepun
Kelas Kereta subpadat (2000–2006)
Kereta padat (2010–sekarang)
Stail badan Hatchback 3 pintu (2000–2006)
Hatchback 5 pintu (2010–sekarang)
Reka letak FF

Honda Insight merupakan kereta hibrid keluaran Honda serta merupakan kereta pengeluaran pertama yang menampilkan sistem Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda. Generasi pertama Insight dikeluarkan dari tahun 1999 sehingga 2006 sebagai model hatchback 3 pintu.[1][2]

Honda memperkenalkan Insight generasi kedua di pasaran tempatan Jepun pada Februari 2009. Kereta tersebut mula dijual di Malaysia pada 2 Disember 2009 semasa Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010. Dengan harga serendah RM98,000 termasuk insurans, Honda Insight menjadi kereta hibrid mampu milik pertama dengan harga di bawah RM100,000. Harganya cuma RM7,520 lebih mahal daripada model premium Honda City. Adalah dilaporkan bahawa Honda Malaysia sudah menerima beberapa ratus tempahan model berkenaan sebelum ia mula dilancarkan.[3][4]

Honda Insight yang merupakan kereta hibrid petrol paling murah dalam pasaran buat masa ini telah menjadi kereta terlaris di Jepun pada April 2009; pertama kali sesebuah model kereta hibrid menduduki senarai teratas.[5] Semasa 12 bulan pertama sejak ia mula diperkenalkan di pasaran Jepun, Insight generasi kedua sudah terjual sebanyak 143,015 unit di seluruh dunia.[6]

Generasi pertama (2000–2006)[sunting | sunting sumber]

Generasi pertama (ZE1)
Honda Insight generasi pertama
Pengeluaran Disember 1999–September 2006
Tahun model 2000–2006
Pemasangan Suzuka, Mie, Jepun
Pengganti Honda Insight (generasi kedua)
Honda CR-Z
Kelas Kereta subpadat
Stail badan Hatchback 3 pintu
Enjin Sistem Hibrid Honda
Petrol: 1 L Siri ECA I3 (995 cc (60.7 in3)) pembakaran nipis 12 injap SOHC
67 kk (50 kW)
Elektrik: 144 V
10 kW (13 kk)
ULEV/SULEV
Penghantaran Manual 5 kelajuan
CVT (2001–2006)
Jarak roda 2,400 mm (94 in)
Panjang 3,945 mm (155.3 in)
Lebar 1,695 mm (66.7 in)
Tinggi 1,355 mm (53.3 in)
Berat Curb Manual tanpa pendingin udara 838 kg (1,850 lb)
Manual dengan pendingin udara 852 kg (1,880 lb)
CVT dengan pendingin udara 891 kg (1,960 lb)

Dibina berasaskan kereta konsep Honda J-VX yang mula didedahkan pada semasa Pertunjukan Kereta Tokyo 1997 , Insight mula diperkenalkan di Jepun pada November 1999 [7] serta merupakan kereta pengeluaran pertama yang menampilkan sistem Bantuan Motor Bersepadu Honda. Pada bulan berikutnya iaitu Disember 1999, Insight menjadi kereta hibrid pertama yang dipasarkan di Amerika Utara, mendahului Toyota Prius sebanyak tujuh bulan.[8] Ia menampilkan rekabentuk aerodinamik optimum serta struktur aluminium yang ringan bagi meningkatkan kecekapan bahan api serta mengurangkan pelepasan asap.

Honda Insight IMA

Enjin petrol yang digunakan merupakan enjin Siri ECA 1 liter 3 silinder sebaris dengan kadaran kuasa kuda 67 kk (50 kW; 68 PS), 1-liter, Siri ECA 3 silinder jenis pembakaran nipis dengan nisbah udara-bahan api yang boleh jadi setinggi 25.8 : 1.[9] Motor elektrik bantuan menambah kuasa enjin sebanyak 10 kW (13 kk) lagi serta tambahan kilasan 49 N-m apabila diperlukan. Ia juga boleh bertindak sebagai penjana elektrik semasa nyahpecutan serta semasa membrek bagi mengecas bateri, di samping menjadi motor penghidup Insight.[10] (Ia boleh menambah kecekapan bahan api serta rintangan kekaburan brek tanpa menambah berat tanpa berspring). Semasa kereta tidak bergerak, contohnya semasa lampu isyarat merah, enjin dimatikan. Paparan digital pada papan pemuka menunjukkan kadar penggunaan bahan api. Pada model transmisi manual, anak panah atas dan bawah mencadangkan masa paling sesuai untuk menukar gear. Insight menggunakan teknologi hibrid Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda generasi pertama. (Generasi seterusnya pada Honda Civic Hybrid lebih menjimatkan ruang.) Honda Insight mempunyai enjin 3 silinder 1.0 L serta motor elektrik tanpa berus lampau nipis 10-kW yang dipasang pada aci engkol.[11] Enjin tersebut mengguna pakai bahan aluminium, magnesium dan plastik bagi mengurangkan berat.[10] Di bawah tempat duduk terletak bateri NiMH komersial gred "D" yang menghasilkan voltan nominal 144 V DC. Semasa pecutan kuat, arus elektrik setinggi 100 ampere dikeluarkan daripada bateri NiMH semasa motor elektrik menghasilkan kuasa tambahan; semasa nyahpecutan pula, motor tersebut bertindak sebagai penjana elektrik serta mengecas bateri melalui proses pembrekan jana semula, mengecasnya dengan arus sehingga setinggi 60 ampere. Satu modul kawalan komputer mengawal berapa banyak kuasa yang datang dari enjin pembakaran dalaman serta berapa banyak kuasa dari motor elektrik; dalam varian CVT pula, ia turut mengira nisbah gear optimum. Meter tolok pada papan pemuka memantau status bateri, penggunaan bahan api, serta mod motor elektrik — sedia, bantu enjin atau cas bateri. Penggunaan tayar bertekanan tinggi dengan rintangan golekan yang rendah serta minyak sintetik berkepekatan rendah "0W-20" kedua-duanya membantu menjimatkan minyak.

Model asal Insight menggunakan transmisi manual konvensional. Bermula tahun 2001, varian CVT Insight mula didapati; CVT yang digunakan adalah serupa dengan CVT yang digunakan pada Honda Civic Hybrid dan Honda Logo. Transmisi manual biasa menukar antara beberapa nisbah enjin ke roda yang ditetapkan; walau bagaimanapun, CVT membolehkan pertukaran satu set nisbah gear yang tidak terhingga antara gear terendah dan gear tertinggi. Memandangkan ia lebih berkuasa daripada kebanyakan penghidup elektrik kereta, motor elektrik Insight boleh menghidupkan enjin dengan serta-merta. Sistem Bantuan Motor Bersepadu dikendalikan oleh satu "Unit Kuasa Pintar (IPU)", satu kotak bersaiz komputer meja. Unit Kuasa Pintar, Unit Kawalan Kuasa, Unit Kawalan Elektronik, bateri kereta, penukar serta penyongsang arus bervoltan tinggi kesemuanya ditempatkan di bawah lantai kargo kereta, di bawah kerusi.[11]

Generasi kedua (2010–)[sunting | sunting sumber]

Generasi kedua (ZE2)
2010 Honda Insight EX
Juga dikenali Honda Insight Hybrid
Tahun model 2010–
Pemasangan Suzuka, Mie, Jepun
Kelas Padat
Stail badan Hatchback 5 pintu
Enjin Sistem Hibrid Honda dengan Eco Assist
Petrol: 1.3 L Siri LDA I4 (1339 cc) 8 injap SOHC i-VTEC
88 kk (66 kW) @ 5800 rpm
121 N·m (89 lb·ft) @ 1000–1700 rpm
Elektrik: Motor DC tanpa berus
13 kk (9.7 kW) @ 1500 rpm
78 N·m (58 lb·ft) @ 1000 rpm
ULEV/AT-PZEV
Penghantaran CVT
Jarak roda 2,552 mm (100.5 in)
Panjang 4,390 mm (173 in)
Lebar 1,695 mm (66.7 in)
Tinggi 1,425 mm (56.1 in)
Berat Curb 1,237 kg (2,730 lb)
Muatan 40 L
Berkait Honda Jazz/Fit II
Honda City V
Honda CR-Z
Honda Freed
Honda Insight Concept

Paada tahun 2009, Honda memperkenalkan model generasi kedua Insight berasaskan pelantar hibrid khusus serba baharu yang boleh memuatkan 5 penumpang, yang kemudiannya turut digunakan pada Honda CR-Z. Versi konsep kereta hibrid hatchback Insight mula ditampilkan semasa Pameran Kereta Paris 2008[12][13] manakala penampilannya di Amerika Utara ialah semasa Pameran Kereta Los Angeles.[14] Insight baharu ini diklasifikasikan sebagai kereta padat berdasarkan ruang dalamannya.

Bahagian dalaman Honda Insight

Insight baharu ini menampilkan generasi kelima teknologi Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda. Sistem IMA Insight generasi kedua ini menggunakan enjin 1.3 liter SOHC i-VTEC yang cekap dan ringan serta mampu menghasilkan 88 kk (66 kW) dan kilasan 121 N·m (89 lb·ft). Kilasan tinggi pada rpm rendah ini dihasilkan oleh motor elektrik yang menyumbang 13 kk (10 kW) dan kilasan 78 N·m (58 lb·ft) kepada sistem aliran kuasa, membantu pecutan serta mengekalkan kelajuan pada kelajuan rendah sehingga pertengahan. Motor tersebut bertindak sebagai penjana elektrik semasa membrek, mengekalkan kelajuan serta nyahpecutan lembut untuk mengecas bateri IMA. Motor tersebut juga bertindak sebagai penghidup enjin. Sistem ini akan bertukar kepada motor penghidup elektrik konvensional 12 volt jika sistem IMA lumpuh atau sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan semasa suhu terlampau sejuk. Sebagai ciri keselamatan tambahan, konfigurasi hibrid Honda membolehkan kereta tersebut beroperasi seperti kereta petrol biasa walaupun sekiranya sistem hibrid IMA lumpuh sepenuhnya.

Transmisi boleh laras berterusan (CVT) Honda menyediakan nisbah gear tidak terhingga bagi memastikan enjin beroperasi pada banjaran yang paling cekap. Nisbah gear hadapan adalah antara 3.172–0.529 manakala nisbah gear undur pula adalah antara 4.511~1.693. Nisbah penurunan akhir pula ialah 4.20:1.

Sistem IMA Insight ditenagai pek bateri nikel logam hidrida leper yang terletak di bawah lantai kargo di antara roda belakang. Bateri 84 modul tersebut dikilangkan oleh Panasonic serta menghasilkan voltan sistem nominal 100.8 volt dengan kapasiti nominal 5.75 ampere-jam.[15] Kadar ketumpatan kuasa modul bateri ini adalah 30 peratus lebih tinggi daripada modul bateri Civic Hybrid generasi sekarang. Bateri ini dicas secara automatik melalui kuasa enjin, jika diperlukan, serta melalui pembrekan jana semula semasa nyahpecutan. Sistem pengurusan kuasa elektronik, modul bateri serta sistem penyejukan kesemuanya dimuatkan dalam pek bateri IMA tersebut.

Sistem Honda ECO ASSIST[sunting | sunting sumber]

Insight baharu ini merupakan model hibrid Honda pertama yang menampilkan Sistem Bantuan Pemanduan Ekologi (ECO ASSIST). Sistem ini direka bagi membantu pemandu membentuk serta mengekalkan corak pemanduan yang menjimatkan bahan api. Sistem ini memantau serta memaparkan kesan positid atau negatif gaya pemanduan seseorang terhadap penjimatan bahan api kenderaan.

Sebagai alat bantu visual, cahaya latar meter laju digital Insight berwarna hijau jika kereta dipandu dengan cara yang cekap. Pemanduan yang kurang cekap sedikit akan menjadikan meter laju mengeluarkan cahaya biru-hijau. Pecutan dan nyahpecutan agresif yang banyak menggunakan minyak akan mengakibatkan meter menyala biru. Dengan memerhatikan perubahan warna cahaya latar meter laju, pemandu dibantu dari segi pembangunan tabiat pemanduan yang lebih minjimatkan minyak.

Sebagai tambahan, ECO ASSIST turut menyertakan butang ECON khas yang menghidupkan pelbagai fungsi yang meningkatkan penjimatan bahan api bagi sistem IMA dengan hanya satu sentuhan butang. Dalam mod ECON, pemandu terpaksa mengorbankan prestasi untuk meningkatkan penjimatan bahan api tetapi berupaya memperoleh beberapa manfaat berikut:

  • Meningkatkan potensi mengaktifkan fungsi Hentian Melahu dengan lebih cepat
  • Mengendalikan pendingin udara lebih kepada mod kitar semula
  • Mengurangkan kelajuan kipas pendingin udara
  • Mengoptimumkan masukan sudut pendikit serta operasi CVT
  • Mengehadkan kuasa dan kilasan sebanyak 4 peratus

Secara keseluruhannya, ECO ASSIST direka untuk membantu pemandu mengguna pakai pendekatan yang seimbang antara pemanduan lebuh raya dan pemanduan bandar raya yand cekap. Walau bagainamapun, pihak EPA mendapati semasa ujian penjimatan bahan api dengan menghidupkan mod ECO ASSIST "tidak memberi apa-apa kesan" terhadap penarafan penjimatan bahan apinya. "Ia menjadikan tindak balas pendikit lebih santai, maka pemandu ujian mengatasinya dengan menekan injak pendikit lebih kuat untuk mencapai kelajuan yang diperlukan." [16]



Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Honda Insight Concept Hybrid Vehicle to Debut at Paris International Auto Show" (PDF), Honda Corporate Press Release, 2008-09-14. Dicapai pada 2009-05-29. [pautan putus]
  2. James B. Treece and Lindsay Chappell. "Honda Kills the Insight", AutoWeek, 2006-05-17. Dicapai pada 2008-01-10. 
  3. "Insight into RM98,000 hybrid car", The Star Online-Malaysia, 2010-12-03. 
  4. "Honda Insight – cheapest hybrid in Malaysia at RM98k". Paultan.org. 2010-12-02. http://paultan.org/2010/12/02/honda-insight-cheapest-hybrid-in-malaysia-at-rm98k/. 
  5. Detnews.com | This article is no longer available online | detnews.com | The Detroit News
  6. Makiko Kitamura and Yuki Hagiwara. "Honda Plans Lithium-Ion Civic to Narrow Toyota’s Lead (Update1)", Bloomberg Business Week, 2010-03-18. Dicapai pada 2010-03-29. 
  7. Honda Motor Corporation (2009-02-18). Honda Reaches 300,000 Units in Cumulative Global Sales of Hybrid Vehicles. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2010-01-14.
  8. Alex Taylor III. "The Birth of the Prius", Fortune, 2006-02-24. Dicapai pada 2010-03-10. 
  9. "Giving the Insight a Good Driver". Autospeed.com. http://autospeed.com/cms/A_110187/article.html. Capaian 2010-12-06. 
  10. 10.0 10.1 Ted Orme (June 2000). "2000 Honda Insight". Motor Trend. http://www.motortrend.com/roadtests/honda/112_0006_2000_honda_insight/index.html. Capaian 2010-03-11. 
  11. 11.0 11.1 K.A.W.. "On the Insight track; Honda augments a three-banger with an electrified flywheel", AutoWeek, 1999-12-06, p. 27. 
  12. Cunningham, Wayne. "New Honda Insight no Prius-killer". "CNet". http://reviews.cnet.com/8301-13746_7-10056658-48.html. Capaian 2008-10-11. 
  13. "Full reveal: 2010 Honda Insight Concept". "Left Lane News". 2008-10-02. http://www.leftlanenews.com/honda-insight.html. Capaian 2009-10-11. 
  14. Walton, William III (2008-11-19). "Insight Concept Makes Its North American Debut at the L.A. Auto Show". automobiles.honda.com. http://automobiles.honda.com/insight-hybrid/blogdetail.aspx?id=34. Capaian 2009-01-11. [pautan putus]
  15. "2010 Honda Insight-1748 Hybrid BOT Battery Test Results". 2009-07-06. http://avt.inel.gov/pdf/hev/batteryinsight1748.pdf. Capaian 2010-06-24. 
  16. "The Truth About EPA City / Highway MPG Estimates". 2009-08. http://www.caranddriver.com/features/09q3/the_truth_about_epa_city_highway_mpg_estimates-feature. Capaian 2010-08-19. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]