Honda Jazz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Honda Jazz
Maklumat
PengilangHonda Motor Company
Juga dikenaliHonda Fit
Pengeluaran2001–sekarang
PemasanganSuzuka, Mie, Japan
Sumaré, São Paulo, Brazil
Guangzhou, Wilayah Guangdong, China
Ayutthaya, Thailand
Karawang, Indonesia
Swindon, England, United Kingdom
Greater Noida, Uttar Pradesh, India
KelasKereta subpadat
PelantarKereta Kecil Sejagat Honda

Honda Jazz (juga dikenali sebagai Honda Fit) merupakan kereta hatchback 5 pintu keluaran Honda dari Jepun, diperkenalkan pada Jun 2001 dan kini ia memasuki generasi kedua. Jazz berkongsi pelantar Kereta Kecil Sejagat Honda dengan City/Fit Aria, Airwave/Partner, Mobilio, dan Mobilio Spike.

Nama Jazz digunakan di Eropah, beberapa negara Asia, Australia, Oceania, Timur Tengah, dan Afrika — manakala nama Fit digunakan di Jepun, China, dan Amerika.

Setakat Jun 2007, lebih 2 juta Honda Fit/Jazz sudah pun dijual di seluruh dunia.[1]

Generasi pertama[sunting | sunting sumber]

Jazz generasi pertama
2001 Honda Fit (JDM)
Juga dikenaliHonda Jazz
Guangzhou-Honda Fit Sport
Pengeluaran2001–2007
2006-2008 (Amerika Utara)
PemasanganGuangzhou, China
Thailand
Jepun
PendahuluHonda Logo
KelasAmerika Utara: Subpadat
Eropah: Supermini
Stail badanhatchback pintu
LayoutFF / 4WD
PlatformKereta Kecil Sejagat Honda; GD1/2/3/4
EnjinL12A i-DSI 1.2 L I4
L13A i-DSI 1.3 L I4
L15A i-DSI 1.5 L I4
L15A VTEC 1.5 L I4
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 5 kelajuan
CVT / CVT-7
Tapak roda2,450 mm (96.5 in)
Panjang3,845 mm (151.4 in)
157.4 in (4,000 mm) (A.S. & Kanada)
Lebar1,675 mm (65.9 in)
Tinggi1,525 mm (60.0 in)
Berat kering1,084 kg (2,390 lb) untuk model transmisi manual 1.4 L LS
BerkaitHonda Airwave
Honda City

Honda Jazz mula tampil pada Jun 2001 di Jepun, diikuti pengenalannya di Eropah (awal 2002), Australia (lewat 2002), Amerika Selatan (awal 2003), Afrika Selatan dan Asia Tenggara (2003), China (Sep 2004), dan Mexico (lewat 2005).

Model[sunting | sunting sumber]

Terdapat enam varian Jazz dijual di seluruh dunia seperti berikut:

  • GD1: 1.3 L L13A i-DSI 4 sebaris 2WD (Eropah: 1.4L)
  • GD2: 1.3 L L13A i-DSI 4 sebaris 4WD (Jepun sahaja)
  • GD3: 1.5 L L15A 4 sebaris 2WD
  • GD4: 1.5 L L15A VTEC 4 sebaris 2WD (Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico sahaja)
  • GD5: 1.5 L L15A 4 sebaris 4WD (Jepun sahaja)
  • GD6: 1.2 L L12A i-DSI 4 sebaris 2WD (Eropah sahaja)
  • GE3: 1.3 L L13A i-DSI 4 sebaris 2WD (model 2007 Eropah 1.4L. Buatan China)

Aliran kuasa dan pelantar[sunting | sunting sumber]

Bergantung pada kawasan, Jazz dilengkapi sama ada enjin 1.2, 1.3 (disebut di Eropah sebagai model 1.4L), atau 1.5 liter i-DSI, atau enjin 1.5 liter VTEC. Kesemua empat enjin berikut adalah dari keluarga Enjin Honda L. Enjin 8 injap i-DSI (Intelligent Dual and Sequential Ignition; Penyalaan Dua Berjujukan Pintar) menggunakan dua palam pencucuh bagi setiap silinder untuk membakar petrol dengan lebih lengkap untuk penjimatan bahan api yang lebih baik serta kurang pelepasan asap sementara mengekalkan kilasan maksimum pertengahan. Enjin 1.5 L VTEC adalah dari jenis 16 injap biasa yang mempulai keluaran kuasa maksimum pada rpm tinggi.

Dalaman model AS

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan, transmisi automatik 5 kelajuan ataupun CVT, bergantung pada kawasan.

Jazz menggunakan pelantar Kereta Kecil Sejagat Honda yang turut digunakan oleh City (versi sedan bagi Jazz), Airwave (versi kereta estet bagi City), Mobilio, dan Mobilio Spike.

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Jazz generasi pertama dikilangkan di 5 negara iaitu di Suzuka (Jepun), Sumaré (Brazil), Guangzhou (China), Ayutthaya (Thailand), dan Karawang (Indonesia). Model keluaran Jepun adalah untuk pasaran tempatan, Eropah, beberapa negara Asia, Kanada dan Amerika Syarikat. Model untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Vietnam dikilangkan di Thailand. Kilang di Brazil menghasilkan kereta untuk pasaran Mexico, seluruh Amerika Latin dan Karibia. Model keluaran China dipasarkan di tanah besar China serta produk daripada kilang eksport khas[2] dieksport ke beberapa negara Eropah yang memandu di sebelah kiri, sementara Jazz di Hong Kong diimport dari Jepun. Honda mempertimbangkan untuk mengeluarkan Honda Fit di Amerika Utara hasil pengukuhan Yen Jepun berbanding Dolar Amerika Syarikat.[3]

Generasi kedua[sunting | sunting sumber]

Jazz generasi kedua
2009 Honda Fit (Eropah)
Juga dikenaliHonda Fit
Guangzhou-Honda Fit
Pengeluaran2008-2014
PemasanganJepun[1]
Thailand
Brazil
Greater Noida, India
United Kingdom
Indonesia
Pingtung, Taiwan
Guangzhou, China
Filipina
Stail badanHatchback 5 pintu
LayoutFF
PlatformGE
EnjinPasaran Eropah dan Asia

Pasaran Amerika Utara

Tapak roda2,500 mm (98.4 in)
Panjang3,985 mm (156.9 in)
Lebar1,695 mm (66.7 in)
Tinggi1,525 mm (60.0 in)
Berat kering1,149 kg (2,533 lb)
Muatan bahan api42 L (11 US gal; 9 imp gal)
BerkaitHonda City V
Honda Insight II
Honda Freed

Generasi kedua Jazz ditampilkan sebagai model tahun 2008 pada 17 Oktober 2007 di Pertunjukan Kereta Tokyo. Kereta tersebut mempunyai asas roda lebih panjang daripada pendahulunya serta lebih lebar dan lebih panjang. Tinggi keseluruhan tidah berubah, manakala tinggi dalaman bertambah sebanyak 0.3 in. Tempat duduk berbilang mod serta konfigurasi kargo dikekalkan, dengan alas kepala yang direka semula untuk memudahkan tempat duduk belakang dilipat. Bahagian kabin menampilkan isipadu dalaman lebih besar, menakala ruangan but berkurangan daripada 21.3[4] kepada 20.6 cubic feet (0.58 m3).[5]

2009 Honda Fit (JDM)
2009 Honda Fit Sport (AS)

Dua pilihan enjin ditawarkan pada model baru Jazz. Model 1.3 L (~79 inci padu) i-VTEC menghasilkan 98 hp (73 kW) pada 6,000 rpm dan 98 lb·ka (133 N·m) pada 4,500 rpm. Enjin ini ditawarkan pada kedua-dua pasaran Eropah dan Asia. Enjin 1.5 L (~92 inci padu) i-VTEC turut ditawarkan serta menghasilkan keluaran maksimum 117 hp (87 kW) pada 6,600 rpm dan 106 lb·ka (144 N·m) pada 4,800 rpm.[5] Model 1.5L ini merupakan satu-satunya pilihan enjin bagi pasaran Malaysia serta boleh didapati dalam transmisi 5 kelajuan automatik sahaja.

Kerangkanya telah dijurutera semula, dengan ketegaran struktur meningkat sebanyak 164 peratus.

"Kami sedar bahawa model pendahulu agak tegap, jadi kami banyak menghabiskan masa memperbaikinya. Tapi kami percaya kami berjaya melakukannya betul-betul sekarang."
—Hitomi

Jazz kini menampilkan pemanduan dan pengendalian yang diperbaharui.[6]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nunez, Alex (2007-07-18). "Honda: 2,000,000 Fits sold worldwide". Autoblog. Dicapai pada 2007-07-18.
  2. ^ "Honda Automobile (China) Co., Ltd. Begins Auto Exports". Honda. 2005-6-24. Dicapai pada 2010-1-20. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  3. ^ "Honda Fit production could shift to Ohio". The Columbus Dispatch. Dicapai pada 2009-10-22.
  4. ^ "2008 Honda Fit Specs". JB car pages. Dicapai pada 2009-03-09.
  5. ^ a b "2009 Honda Fit Specs". JB car pages. Dicapai pada 2009-03-09.
  6. ^ Lyon, Peter (2007-09-20). "First Drive: 2009 Honda Fit - The Big Success Gets Bigger". Edmunds. Dicapai pada 2007-09-23.
  7. ^ "Japan Car of the Year" (PDF). 2009-10-21. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-07-10. Dicapai pada 2010-1-20. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  8. ^ Greenercars.org Greenest Vehicles awards
  9. ^ "MotorWeek Best Small Car". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-20. Dicapai pada 2010-08-26.
  10. ^ "MotorWeek Best of the Year". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-20. Dicapai pada 2010-08-26.
  11. ^ Hardigree, Matt (2007-12-17). "U.S. News & World Report Names Best Cars for 2008". Jalopnik. Gawker Media. Dicapai pada 2007-12-17.
  12. ^ Cars.com: Top 10s and More | More Top 10s
  13. ^ "2009 Motor Trend Car of the Year: The Contenders are revealed, what's your pick?". Motor Trend Blog. Motor Trend. 2008-09-25. Dicapai pada 2008-10-01.
  14. ^ Deaton, Jamie Page (2009-12-11). "Best Cars for the Money 2010". U.S. News Rankings and Reviews. U.S. News & World Report. Dicapai pada 2009-12-11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]