Honda Wave

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Honda Wave
Honda Wave 125 S 2007.jpg
Pengeluar Honda
Juga dikenali Honda NF, Honda Innova
Pengeluaran 1995-sekarang
Pendahulu Honda Cub
Kelas Kapcai
Enjin 100-125cc SOHC 2 injap 4 lejang sejukan udara
Kuasa 10.1 PS @ 9,500 rpm (125 cc)
Transmisi 4 kelajuan
Suspensi Depan: Teleskopik
Belakang: Lengan ayun
Muatan bahan api 3.7 l
Berkaitan Honda Sonic

Honda Wave, juga dikenali sebagai Siri Honda NF, Honda Innova (di Eropah), dan Honda Supra (di Indonesia) adalah satu siri motosikal kapcai keluaran Honda sebagai pengganti kepada siri Honda Cub. Ia mula dilancarkan pada tahun 1995 terutamanya bagi pasaran Asia dan Eropah. Sementara model lama Honda Cub menggunakan kerangka keluli ditekan yang juga bertindak sebagai badan utama, Honda Wave menggunakan kerangka tiub keluli dan set badan yang diperbuat daripada plastik.

Honda Wave boleh didapati dalam 3 pilihan sesaran enjin - 100cc, 110cc dan 125cc. Sebagai tambahan kepada 3 model yang menggunakan karburetor, Honda turut menghasilkan model suntikan bahan api 125cc yang dikenali sebagai Honda Wave 125i, motosikal kapcai pertama yang menggunakan suntikan bahan api.

Pada tahun 2006, semua model Honda Wave diberikan rupa bentuk baru yang lebih anggun dan bergaya. Selain itu, model 125cc turut mempunyai penutup slot kunci sebagai perlindungan daripada kecurian. Bermula pada tahun 2007, model Honda Innova 125 di Eropah mula menggunakan suntikan bahan api bagi menggantikan karburetor yang digunakan pada model-model Honda Wave yang lain.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Honda Wave 125

  • Jenis enjin: Enjin 4 lejang SOHC 2 injap sejukan udara
  • Sesaran: 124.9 cc
  • Lubang x Lejang: 52.4 x 57.9 mm
  • Kuasa kuda maksimum: 10.1 PS @ 9,500 rpm
  • Kelajuan maksimum: 136 km/j
  • Transmisi: 4 kelajuan
  • Klac: Klac empar, basah, berbilang plat
  • Sistem penghidup: Tendang dan elektrik
  • Jenis kerangka: Tiub keluli underbone
  • Gantungan (Depan): Teleskopik
  • Gantungan (Belakang): Lengan ayun
  • Brek (Depan): Cakera/Gelendong
  • Brek (Belakang): Gelendong
  • Muatan bahan api: 3.7 L
  • Sistem bahan api: Honda PGM-FI (Wave 125i dan 2007 Honda Innova 125 sahaja); karburetor (semua model lain)

Ciri-ciri Honda Wave[sunting | sunting sumber]

  • Ruang simpanan barang di bawah tempat duduk (dikenali oleh Honda sebagai U-box)
  • Brek cakera hadapan (piawaian bagi model 152cc; pilihan bagi model 100cc dan 125cc)
  • Lengan jumpelang dengan alas penggelek bagi mengurangkan geseran pada lengan jumpelang (model 125cc sahaja)
  • Omboh tugas berat bersalut seramik (model 125cc sahaja)
  • Suntikan bahan api (Wave 125i sahaja)
  • Odometer dan tolok bahan api digital (piawaian bagi model 125cc di beberapa negara seperti Thailand dan Filipina sahaja)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]