Hors de combat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Siri foto diambil oleh jurugambar NBC menunjukkan anggota Kor Marin Amerika Syarikat menembak mati seorang pejuang Iraq yang sudah cedera dalam sebuah masjid di Fallujah pda 13 November 2004. (Reuters TV/Reuters)

Hors de combat, yang bermakna “terkeluar daripada pertelingkahan” adalah satu istilah yang berasal daripada Bahasa Perancis yang digunakan dalam bidang diplomasi dan undang-undang antarabangsa untuk merujuk kepada kumpulan askar ataupun anggota tentera yang sudah tidak berupaya menjalankan fungsi ketenteraan mereka. Umpamanya, seorang juruterbang yang jatuh ditembak, askar-askar yang sakit, cedera dan askar yang berada dalam tawanan. Askar-askar yang sudah hors de combat biasanya diberikan perlindungan istimewa mengikut undang-undang perang, dan kadang kala diberikan keistimewaan sebagai tawanan perang.

Konvensyen Geneva[sunting | sunting sumber]

Artikel 3 dari Konvensyen Geneva 1949 yang meliputi pertelingkahan yang bukan berbentuk pertelingkahan antarabangsa menyatakan bahawa “orang-orang yang tidak mengambil bahagian secara aktif dalam pertelingkahan, termasuk anggota angkatan bersenjata yang telah meletakkan senjata, dan mereka yang sudah hors de combat disebabkan oleh penyakit, kecederaan, ditahan ataupun atas apa-apa sebab yang lain akan dilayan dengan penuh perikemanusiaan. Untuk mereka yang sudah hors de combat, artikel ini melarang apa-apa keganasan kepada nyawa ataupun badan, khususnya pembunuhan, mencacatkan (mencarikan), layan yang kejam dan juga penyeksaan” [1]

Konvensyen Geneva 1949 menyenaraikan pembunuhan askar yang cedera sebagai perlanggaran serius konvensyen. Artikel 41 dalam Protokol Tambahan Pertama 1977 menyatakan bahawa sesiapa yang “tdiak sedarkan diri ataupun sudah tidak berupaya berperang kerana cedera ataupun sakit dan dengan itu tidak dapat mempertahankan diri sudah hors de combat dan tidak boleh diserang.

Pembunuhan di Falujah 2004[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 2004, semasa serangan oleh pasukan Marin ke atas kedudukan penentang di Fallujah, seorang Marin difilemkan oleh jurugambar NBC membunuh seorang pejuang Iraq yang sudah cedera. Insiden ini menimbulkan bantahan di serata dunia. Pada 19 November 2004 Persatuan Palang Merah Antarabangsa menyatakan pembunuhan itu tidak patut berlaku. Pembunuhan pejuang yang sudah cedera merupakan kekejaman dan perlanggaran undang-undang perang. Tetapi pihak Amerika Syarikat membahaskan bahawa faktor penentu adalah sama ada pejuang Iraq berkenaan menyatakan hasrat untuk menyerah diri ataupun cedera parah sehingga menjadikannya hors de combat. [2] [3] [4]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.