Hos (rangkaian)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam perangkaian komputer, hos rangkaian, hos internet, hos, atau nod internet ialah komputer yang disambungkan kepada Internet — atau lebih umum lagi, kepada mana-mana jenis rangkaian data. Ia boleh mengehoskan sumber maklumat serta juga perisian penggunaan untuk membekalkan perkhidmatan rangkaian.

Setiap hos internet mempunyai satu atau lebih alamat protokol yang diumpukkan secara unik kepadanya. Alamat itu diumpukkan baik secara insani oleh pentadbir komputer, atau secara automatik pada masa mula menerusi Protokol Tatarajah Hos Dinamik (DHCP).

Setiap hos ialah nod rangkaian fizikal (iaitu peranti rangkaian), tetapi yang sebaliknya tidak selalu benar, iaitu bukan setiap nod rangkaian fizikal ialah hos. Peranti rangkaian seperti modem dan suis rangkaian biasanya tidak diumpukkan alamat hos, dan tidak dianggap sebagai hos. Peranti seperti pencetak rangkaian dan penghala perkakasan diumpukkan alamat IP, tetapi kerana ia bukannya komputer serba guna, ia kekadang tidak dianggap sebagai hos.

Asal-usul konsep[sunting | sunting sumber]

Istilah "hos terminal" menandakan komputer berbilang pengguna atau perisian yang membekalkan perkhidmatan kepada terminal komputer, atau komputer yang membekalkan perkhidmatan kepada peranti yang lebih kecil atau kurang berupaya.[1]

Istilah "hos" digunakan dalam sebilangan dokumen Request for Comments (RFC) yang menentukan Internet dan pendahulunya, ARPANET. Latar belakangnya, semasa ARPANET dibangunkan, komputer yang disambungkan kepada rangkaian itu biasa merupakan sistem komputer kerangka utama yang dapat dicapai dari terminal yang disambungkan menerusi port bersiri. Oleh sebab terminal dungu itu tidak mengandungi sebarang perisian atau melakukan sebarang pengiraan pada dirinya, ia tidak dianggap sebagai hos. Terminal tersebut tidak disambungkan kepada rangkaian, serta juga tidak diumpukkan alamat IP.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Turbolinux: Glossary Diarkibkan 2010-02-12 di Wayback Machine. Accessed on April 4, 2008.