Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Queen Elizabeth
Bangunan Hospital Queen Elizabeth I
Geografi
LokasiKota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Organisasi
PembiayaanKementerian Kesihatan Malaysia
Perkhidmatan
Katil589 (QEH1)
291 (QEH2)[1]
Sejarah
Diasaskan1981 (QEH1)
2009 (QEH2)
Pautan
Laman sesawanghttps://qeh.moh.gov.my/

Hospital Queen Elizabeth merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Hospital ini dahulunya beroperasi di bangunan asal yang dikenali sebagai Hospital Jesselton, disiapkan pada tahun 1957. Pada tahun 1981, hospital ini telah berpindah operasi ke bangunan baharu dan dinamakan Hospital Queen Elizabeth sempena nama pemerintah kerajaan British, Ratu Elizabeth II. Hospital itu dinamakan namanya bagi memperingati sumbangan pembangunan daripada kerajaan British sepanjang pemerintahannya di Borneo Utara, yang juga ialah sebuah koloni Mahkota British. Ratu Elizabeth II pernah membuat lawatan ke Hospital Jesselton pada tahun 1971.

Bangunan utama hospital ini dibina pada akhir tahun 1970-an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bangunan tersebut telah diserahkan semula kepada pihak hospital pada tahun 1981. Bangunan utama tersebut ialah sebuah bangunan lapan tingkat.

Perpindahan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Oktober 2008, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai menyatakan bahawa hospital ini akan ditutup sementara waktu berikutan hasil kajian pihak konsesi iaitu Syarikat Faber Mediserve dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mendapati kerosakan serius di Blok Menara Utama dan Podium, Blok Forensik dan Rumah Boiler. Pesakit dipindahkan ke hospital lain atau ke pusat perubatan swasta.

Ketua Menteri Sabah , Datuk Musa Aman bersetuju memberikan tanah tapak baru yang lebih sesuai dan strategik bagi pembinaan semula hospital untuk penduduk Kota Kinabalu. Presiden Persatuan Pengguna Sabah (Cash), Datuk Patrick Sindu mencadangkan lokasi yang sesuai ialah berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan bandar Kota Kinabalu atau di kawasan sepanjang Lebuh raya Donggongon-Kapayan. Kerajaan negeri perlu memberi pampasan kepada pemilik tanah dan mendapatkannya bagi membina hospital.[2]

Permasalahan[sunting | sunting sumber]

  • Pada 3 Jun 2007, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan 25 peratus pesakit dalaman di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu adalah warga asing dari Indonesia dan Filipina. Ada antara mereka mengidap batuk kering, Hepatitis B, siplis dan HIV. Hospital mereka menggunakan pelbagai kemudahan seperti bantal, kipas angin dan termos air hospital.[3]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Queen Elizabeth
Karung Berkunci No 2029
88586 Kota Kinabalu
Sabah
Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Queen Elizabeth Hospital". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 25 September 2016.
  2. ^ "Cash Sambut Baik Inisiatif Kerajaan Sabah Tempatkan QEH Ke Kawasan Baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-10-29.
  3. ^ Lebih 40,000 Pekerja Asing Gagal Pemeriksaan Kesihatan