Hospital Kuala Krai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hospital Kuala Krai merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kuala Krai, Kelantan, Malaysia. Hospital Kuala Krai (HKK) telah dibina sejak 1917 di bawah pemerintahan British, dan merupakan hospital tertua di Kelantan.[1]

Hospital Kuala Krai terletak di atas bukit di pinggir Kuala Krai dan terletak sekitar 70 km dari Kota Bharu. Hospital ini mampu menempatkan 150 katil.

Pada 2018, Hospital Kuala Krai yang baru dibina pada tapak seluas 40 hektar di Pahi, dengan kos pembinaan bernilai RM300 juta. [2] Ia kini mampu menempatkan sejumlah 268 katil.[3]

Hospital Kuala Krai kini dilengkapi dengan kemudahan bertaraf antarabangsa lengkap dengan lapan dewan bedah, beberapa klinik pakar, laluan berjoging, padang bola dan auditorium. Terdapat sebanyak 2,700 penjawatan baharu di hospital ini, berbanding 900 penjawatan di hospital lama, dan diharap untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan daerah Kuala Krai.[4]

Alamat

Hospital Kuala Krai
Jalan Kota Bharu
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
Malaysia

Rujukan

Pautan luar