Hospital Kuala Kubu Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Kuala Kubu Bharu
Kerajaan
Geografi
LokasiHulu Selangor, Selangor,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil150[1]
Pautan
Laman sesawangHospital Kuala Kubu Bharu.

Hospital Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di kawasan Kuala Kubu Bharu, daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia.

Hospital Kuala Kubu Bharu mulai beroperasi semenjak 1936. Ia merupakan hospital bukan pakar tetapi turut menawarkan khidmat pakar dari Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hospital Kuala Kubu Bharu dibina pada tahun 1936. Hospital ini dipindahkan ke tempat baru selepas pekan yang lama musnah akibat banjir. Pada masa itu, hospital ini memberi perkhidmatan kepada askar British, pekerja lombong timah dan pekerja estet disekitar kawasan Kuala Kubu Bharu. Pada peringkat awal, hospital ini terdiri daripada 4 buah wad, sebuah bangunan Pentadbiran/Jabatan Pesakit Luar dan Dewan Bedah. Keluasan kawasan hospital ini adalah 37 ekar dan kawasan yang dibangunkan adalah lebih kurang 16 ekar.[2]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Kuala Kubu Bharu
Jalan Hospital
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. ^ "Sejarah Hospital Kuala Kubu Bharu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 2014-11-11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]