Hospital Kulim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Kulim
Geografi
LokasiKulim, Kedah, Malaysia
Perkhidmatan
Katil999
Sejarah
Diasaskan1994 (umur 29–30)
Pautan
Laman sesawanghkulim.moh.gov.my

Hospital Kulim merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kedah, Malaysia.

Hospital Kulim telah mula beroperasi di Pekan Kulim (Jalan Hospital Lama) semenjak tahun 1912. Pada awal tahun 1990 pembinaan hospital baru telah dimulakan bagi menempatkan hospital ke tapak yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Pusat Bandar Kulim. Hospital Kulim yang baru, telah siap dibina pada tahun 1994 berkonsepkan Hospital Nukleus ( Rujuk latar belakang Hospital Nukleus ) di atas tanah seluas 25 hektar dan mula beroperasi pada bulan September 1994. Sungguhpun Hospital baru Kulim berpindah ke tapak baru tetapi Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD) masih dikekalkan di hospital lama. Jabatan Pesakit Luar telah diserahkan kepada Pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Kulim pada 1 Jan 1998. Wad-wad lama Hospital Kulim telah diubahsuai menjadi Sekolah Latihan Jururawat Masyarakat Kulim dan mula beroperasi pada 1 Julai 1996. Hospital Kulim telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 3 Jun 1996. Sasaran pelanggannya adalah penduduk di Daerah Kulim, Daerah Bandar Baru, Daerah Seberang Perai Tengah dan Selatan juga sebahagian penduduk dari Daerah Baling. Kepadatan pendudukDaerah Kulim dan Bandar Baru adalah seramai 242.2 ribu orang (jumlah penduduk Daerah Bandar Baru adalah 45.2 ribu orang). Pekerjaan utama penduduk di daerah ini adalah peniaga kecil, pekerja kilang, penoreh getah, petani, kakitangan kerajaan dan swasta. Dengan terbinanya hospital baru ini memberi rahmat yang besar kepada mereka. Pada tahun 2007 Hospital Kulim telah membuka sebuah Wad CCU dengan memuatkan 3 buah katil dan pada tahun 2008 Wad NICU dengan 4 buah katil telah dibuka. Sebagai salah satu aspek yang perlu ditekankan bagi menghadapi wabak Influenza, 3 katil ICU telah ditambah pada tahun 2010 menjadikan jumlah keseluruhannya 7 buah. Sehingga kini, Hospital Kulim mempunyai 14 wad dengan 314 buah katil. Komposisi bilangan katil di wad adalah seperti berikut :


Hospital Kulim pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Hospital Daerah Tanpa Pakar. Perkhidmatan Pakar hanya dimulakan pada tahun 1996 iaitu bagi Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrikdan kemudiannya diikutidengan 4 Kepakaran iaitu Bius, Perubatan, Pembedahan dan Ortopedik. Pada bulan April 2009, Pakar Perubatan Kecemasan & Trauma telah memulakan tugas di hospital ini. Hospital Kulim memulakan program Latihan Siswazah pada penghujung tahun 2008. Sehingga Mei 2013, seramai 183 orang pelatih perubatan siswazah telah menjalankan latihan di hospital ini. Hospital Kulim juga merupakan antara fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaksanakan latihan amali untuk pelajar-pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTA). Antara program latihan yang disediakan adalah dalam bidang kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Jurupulih Cara Kerja dan Makmal Perubatan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Kulim
Lebuh Hi-Tech

Kulim Hi-Tech Park

09090 Kulim

Kedah Darul Aman
Malaysia

Tel.: 04-4272733 Faks: 04-4900760

Pautan luar[sunting | sunting sumber]