Hospital Miri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hospital Miri merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sarawak, Malaysia.

Hospital Miri mula beroperasi pada 6 Mei 1995 dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Y.A.B Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Pehin Datuk Patinggi (Dr) Hj. Abdul Taib Bin Mahmud pada 30 Ogos 1996.

Hospital Miri terletak di Jalan Cahaya iaitu lebih kurang 2.5 km daripada pusat Bandar Miri. Kos pembinaan hospital ini adalah sebanyak RM 123.91 juta melalui konsep “ HOSPITAL NUKLEUS” (ciri-ciri hospital yang terdapat di United Kingdom). Keluasan kawasannya adalah 87.11 ekar.

Hospital Miri mempunyai 333 buah katil dan menyediakan beberapa perkhidmatan kepakaran seperti Perubatan, Pembedahan, Mata, Ortopedik, Perbidanan dan Sakit Puan, Radiologi, Anestiologi, dan Kanak-Kanak.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Miri
Jalan Cahaya Lopeng
98000 Miri
Sarawak

085-420033
hospitalmiri@srwk.moh.gov.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]