Hospital Mount Elizabeth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 1°18′16.2″N 103°50′06.3″E / 1.304500°U 103.835083°T / 1.304500; 103.835083

Mount Elizabeth Medical Centre

Hospital Mount Elizabeth dan Medical Centre merupakan hospital swasta yang terletak di Jalan Mount Elizabeth, Orchard, Singapura. Ia bermula pada 1976 dan dibuka secara rasmi pada 8 Disember 1979.

Hospital ini hasil usaha usahawan Singapura dan Indonesia dan telah mendapat ISO 9000:2002. Parkway Holdings memiliki Hospital East Shore , Hospital Gleneagles dan Hospital Mount Elizabeth . Syarikat ini menyediakan peralatan kesihatan dan hospital di Singapura dan Malaysia, India dan Brunei. Pada 13 September 2005, Pakrway turut menguasai 22.5 % (RM311.58 juta) saham Hospital Pantai di Kuala Lumpur.Kemudian Parkway mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada pembelian semula saham Pantai oleh Khazanah Nasional. [1]

Pada 2009, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra turut mendapat rawatan di sini setelah mendapat serangan jantung.


Rujukan[sunting | sunting sumber]