Hospital Pantai Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hospital Pantai Kuala Lumpur(PHKL) atau lebih dikenali Pusat Perubatan Pantai (Pantai Medical Centre) terletak di Jalan Bukit Pantai,Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia. Hospital swasta ini mempunyai ramai doktor pakar dan menyediakan pelbagai kemudahan perubatan berbayar.

Bersalin dalam air[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2009, pasangan Dinesh dan Joanna Cheryan mendapat anak menerusi kaedah bersalin dalam air. Bayi perempuan seberat 3.6 kg dilahirkan di Hospital Pantai Kuala Lumpur.Si ibu akan berendam di dalam air suam yang bertujuan mengurangkan kesakitan dan memberi keselesaan pada ibu berkenaan semasa melahirkan bayi mereka.Ia lebih selamat dan selesa serta semula jadi untuk ibu dan bayi.

Ketua Pegawai Eksekutif PHKL, Tan Suet Guan menyatakan bahawa ini adalah hospital pertama di Lembah Klang yang melakukan kelahiran bayi di dalam air. Banyak negara yang maju dalam dunia perubatan seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand telah mengamalkan kaedah ini.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]