Hospital Pontian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Pontian
Hospital Kerajaan Tanpa Pakar
Geografi
LokasiPontian, Johor,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil120[1]
Sejarah
Diasaskan1930

Hospital Pontian merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Pontian, Johor, Malaysia.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Hospital Pontian terletak di Bandar Pontian Kechil bersempadan dengan pekan Pontian Besar. Kedudukan Hospital Pontian adalah di sebelah kiri Jalan Alsagoff jika dari arah Batu Pahat dan di sebelah kanan jika dari arah Johor Bahru. Di hadapan bangunan Hospital Pontian juga terdapat Klinik Kesihatan Daerah Pontian.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hospital Pontian dahulunya dikenali sebagai Pontian Kecil Government Hospital telah dibina dalam tahun 1929 dan mula beroperasi pada bulan Jun 1930 bagi mengambil alih Kukup Government Hospital yang mana pada masa itu hanya memberi perkhidmatan outdoor dispensary semenjak tahun 1917. Hospital Pontian telah digazetkan sebagai Hospital Tanpa Pakar yang mempunyai 155 buah katil bagi 8 buah wad. Dalam tahun 1986, 2 buah wad telah diubahsuai kepada Stor Integrasi Farmasi dan Unit Pengimejan Diagnostik. Enam buah wad yang sedia ada tidak boleh menampung jumlah katil 155 buah, oleh itu trail run telah dibuat dari bulan Oktober-Disember 1991 bagi menurunkan bilangan katil kepada 120 buah mengikut keselesaan dan kepentingan perkhidmatan. Kini Hospital Daerah Pontian dipanggil sebagai Hospital Pontian.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Hospital Pontian merupakan hospital kerajaan yang ditakbir bersama dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Manakala ia juga merupakan salah satu hospital kerajaan persekutuan tanpa pakar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Fungsi dan tanggung jawab menyediakan perkhidmatan hospital kerajaan di daerah Pontian, Johor.

Visi- Hospital Potian akan mengembleng tenaga ke arah memberi perkhidmatan yang berkhualiti dan efisyen.

Misi- Bertekad untuk menyediakan perkhidmatan perawatan dan perubatan yang berkualiti dengan cekap, inovatif, saksama, mengutamakan pelanggan, menghormati kemuliaan insan melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, diahnosis awal, rawatan segera, dengan berteraskan sifat penyanyang, profesionalisma dan kerja berpasukan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Pontian
Jalan Alsagoff
82000 Pontian
Johor Darul Takzim
Malaysia
Tel: 07-687 3333

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]