Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hospital Queen Elizabeth merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Hospital ini dahulunya dikenali sebagai Hospital Jesselton pada apabila disiapkan pada tahun 1957. Hospital ini ditukarkan kepada nama sekarang sempena sumbangan pembangunan daripada kerajaan British. Ratu Elizabeth pernah membuat rawatan ke hospital ini pada tahun 1971.

Hospital ini dibinakan dengan blok utamanya pada akhir tahun 1970-an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan blok tersebut telah diserahkan semula kepada pihak hospital pada tahun 1981. Blok utama tersebut merupakan sebuah bangunan 8 tingkat.

Akan dipindahkan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Oktober 2008, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai menyatakan bahawa hospital ini akan ditutup sementara waktu berikutan hasil kajian pihak konsesi iaitu Syarikat Faber Mediserve dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mendapati kerosakan serius di Blok Menara Utama dan Podium, Blok Forensik dan Rumah Boiler. Pesakit dipindahkan ke hospital lain atau ke pusat perubatan swasta.

Ketua Menteri Sabah , Datuk Musa Aman bersetuju memberikan tanah tapak baru yang lebih sesuai dan strategik bagi pembinaan semula hospital untuk penduduk Kota Kinabalu. Presiden Persatuan Pengguna Sabah (Cash), Datuk Patrick Sindu mencadangkan lokasi yang sesuai ialah berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan bandar Kota Kinabalu atau di kawasan sepanjang Lebuh raya Donggongon-Kapayan. Kerajaan negeri perlu memberi pampasan kepada pemilik tanah dan mendapatkannya bagi membina hospital.[1]

Permasalahan[sunting | sunting sumber]

  • Pada 3 Jun 2007, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan 25 peratus pesakit dalaman di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu adalah warga asing dari Indonesia dan Filipina.Ada antara mereka mengidap batuk kering, Hepatitis B, siplis dan HIV. Di hospital mereka menggunakan pelbagai kemudahan seperti bantal, kipas angin dan termos air hospital.[2]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Queen Elizabeth
Karung Berkunci No 2029
88586 Kota Kinabalu
Sabah
Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]