Hospital Raja Permaisuri Bainun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Kerajaan
Geografi
LokasiIpoh, Perak,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanAwam
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Pautan
Laman sesawangLaman Web Rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Hospital Raja Permaisuri Bainun bermula pada tahun 1891 sebagai Hospital Daerah dengan dikenali sebagai Hospital Ipoh dengan kapisiti sebanyak 50 buah katil sahaja.

Kemudian, Hospital ini dinaiktarafkan sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942. Bangunan utama 8 tingkat siap dibina pada tahun 1980. Pembangunan lain termasuk Kompleks Klinik Pakar (tahun 1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun 2005).

Pada Khamis, 12 Jun 2008, nama hospital telah ditukar daripada Hospital Ipoh ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sekarang, Hospital Raja Permaisuri Bainun adalah merupakan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang ketiga paling besar di Malaysia selepas Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang dengan kapasiti 990 buah katil, 16 dewan bedah, 16 katil unit rawatan rapi dewasa, 8 katil unit rawatan jantung, 17 katil unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) dan 20 katil unit rawatan neonatal.

Hospital Raja Permaisuri Bainun atau dahulunya Hospital Ipoh merupakan sebuah hospital kerajaan di Ipoh, Perak, Malaysia. Ia mula dibina pada 1891 sebagai Hospital Daerah dengan kemudahan 50 buah katil.

Hospital Ipoh kemudiannya telah dinaiktaraf sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942. Pada tahun 1980, sebuah bangunan utama 8 tingkat siap dibina dan beberapa bangunan sokongan lain turut dibina. Antara bangunan lain yang dibina termasuk Kompleks Klinik Pakar (tahun 1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun 2005).

Dengan peningkatan infrastruktur dan tenaga kerja, pada Khamis, 12 Jun 2008, nama hospital telah ditukar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ia memiliki sebanyak 990 katil.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]