Hospital Setiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hospital Setiu merupakan sebuah hospital di Setiu, Terengganu, Malaysia. Hospital ini mula dibina pada Oktober 2000 sebagai sebahagian daripada Projek Rancangan Malaysia Ke-7 yang dijalankan di bawah Turnkey Project kelolaan HSS-KKM JV Sdn. Bhd. Hospital ini mula diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Julai 2003.

Hospital ini mempunyai keluasan seluas 8.3 hektar dari 16.2 hektar. Kompleks kesihatan ini terletak di Kg .Pak Kanchil, Mukim Tasik, Bandar Permaisuri, Daerah Setiu iaitu 2 km dari bandar Permaisuri, 72 km dari Kuala Terengganu, 40 km dari Besut. Hospital ini mampu memberi perkhidmatan kepada penduduk seramai 70,000 orang dalam satu masa dan pada masa yang sama menjadi pusat rujukan bagi 4 klinik kesihatan kerajaan dan 13 buah klinik desa.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Setiu
22100 Bandar Permaisuri
Terengganu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]